Objektif

MATLAMAT SEKOLAH

Berusaha dengan secara optimum dan penuh daya kreatif dan inovatif bagi menjayakan matlamat mencapai tahap sekolah harapan negara

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENA, KANGAR, PERLIS ADALAH UNTUK MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA SEIMBANG DAN BERSEPADU MELIPUTI ASPEK-ASPEK INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG, HARMONIS DAN BERAKHLAK MULIA

OBJEKTIF:

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di sekolah ini bertujuan untuk membolehkan murid:
  1. Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
  2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah
  3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian
  4. Menguasai kemahiran belajar
  5. Menguasai kemahiran berfikir
  6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
  7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkannya
  8. Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri
  9. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
  10. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
  11. Memahami, meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
  12. Menjaga kesihatan dan kecerdasan diri
  13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti
  14. Menguasai kemahiran membaca, menghafal dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam
  15. Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia
  16. Membina semangat patriotisme
  17. Mengembangkan bakat dan kreativiti
  18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas amalan hidup

PERANCANGAN PEMBANGUNAN PSS

Antara perkara-perkara yang dirancang dalam agenda pembangunan PSS Sekolah Kebangsaan Sena ialah seperti berikut:

  1. Penyenaraian bahan-bahan PSS dalam satu pangkalan data bersepadu untuk kebolehan muat turun melalui internet
  2. Penggunaan beberapa televisyen paparan LCD di kawasan-kawasan yang strategik di sekitar sekolah untuk tujuan penyebaran maklumat dengan cepat dan terkini