Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Penilaian Pemimpin ICT

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini menerima kunjungan dua orang pegawai yang hadir untuk membuat penilaian ke atas Guru Besar SK Sena sebagai calon tokoh Pemimpin dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan 2011. Pegawai-pegawai berkenaan ialah Pn. Qhamariah binti Samu, Ketua Unit Data dan Rekod, SPS, Bahagian Teknologi Pendidikan, serta Tn. Hj. Ahmad Dahlan bin Kardi, KPP BahagianGuru Besar SK Sena bersama pegawai-pegawai penilai dan En. Ahmad Zahir dari BTPN Perlis Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

Proses penilaian yang melibatkan sehingga 25 kriteria umum itu bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim tentang infrastruktur, pelaksanaan program dan pencapaian ICT SK Sena sebelum dan selepas pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Penilaian kemudian diteruskan dengan sesi perbincangan dan soal-jawab antara pegawai-pegawai penilai dengan En. Roslan dan guru-guru SK Sena yang terlibat dengan pelaksanaan ICT di peringkat sekolah. Selepas itu, para pegawai penilai melawat ke beberapa infrastruktur berasaskan ICT yang terdapat di SK Sena, khususnya Makmal Komputer, OSSLab dan Studio CyKidzCRAZE, di mana kru yang bertugas telah sempat menjalankan satu sesi temubual bersama pegawai-pegawai penilai.

Turut hadir ialah KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis, En. Ahmad Zahir bin Hj. Saad dan juruteknik-juruteknik BTPN Perlis yang merakamkan dokumentasi sepanjang sesi penilaian berlangsung. Sekolah Kebangsaan Sena memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai yang hadir membuat penilaian, di samping berkongsi maklumat dan pandangan untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan ICT di SK Sena. Terima kasih kepada pihak BTPN Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis kerana memberikan peluang kepada En. Roslan khususnya, dan SK Sena umumnya, untuk terlibat dalam pencalonan anugerah Pemimpin dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi tahun 2011.

Saksikan video temubual CyKidzCRAZE bersama Pn. Qhamariah dan Tn. Hj. Ahmad Dahlan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers