Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Anugerah Cemerlang 2011

Aktiviti SenaDEWAN KAPITOL, Kangar - Majlis Anugerah Cemerlang SK Sena 2011 telah dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang serentak dengan Majlis Anugerah Program Permuafakatan UniMAP - SK Sena 2011 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar pada 19 November 2011 yang lalu. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu diadakan untuk meraikan murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang termasuk akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2011. Antara anugerah yang disampaikanBarisan murid penerima hadiah 5A UPSR 2011 di atas pentas utama bersama tetamu kehormat dan guru-guru SK Sena pada hari tersebut ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik untuk setiap kelas, Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran mengikut aliran Tahun 1 hingga Tahun 6, serta Anugerah Tokoh Akademik, Kokurikulum dan Budi Pekerti Terpuji. Selain itu, Majlis Anugerah Cemerlang SK Sena 2011 turut menyaksikan sebilangan murid menerima Anugerah Khas bidang-bidang kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan seperti Anugerah Jurukamera Terbaik dan Anugerah Doktor Matematik.

Pada masa yang sama, Majlis Anugerah Program Permuafakatan UniMAP - SK Sena 2011 turut diadakan dalam program tersebut untuk menyampaikan sijil-sijil penghargaan dan hadiah-hadiah kepada para peserta dan fasilitator yang telah terlibat dalam pelbagai program yang telah dijalankan bersama oleh Universiti Malaysia Perlis dan Sekolah Kebangsaan Sena sepanjang tahun 2011. Antara hadiah dan sijil yang telah disampaikan dalam majlis berkenaan ialah hadiah Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011, sijil penghargaan kepada para fasilitator MEDIASENA yang telah membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, serta sijil dan cenderamata penghargaan daripada SK Sena kepada Universiti Malaysia Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis.

Hadir merasmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada para penerima ialah Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan mewakili Naib Canselor UniMAP. Dalam ucapannya, beliau menegaskan betapa pentingnya untuk pihak universiti menyumbangkan kecemerlangan kepada sekolah dan masyarakat sekitar. Selain itu, beliau juga turut memohon kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Perlis dan Sekolah Kebangsaan Sena untuk membantu meningkatkan lagi penyertaan sekolah-sekolah negeri Perlis dalan acara-acara bersama yang akan dianjurkan kelak. Turut menyampaikan hadiah ialah En. Rosli bin Derani, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Perlis, dan En. Azlan bin Shuib, Naib Yang Dipertua PIBG SK Sena.

Persembahan murid telah disampaikan oleh pasukan angklung, choral speaking dan action song SK Sena. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2011, khususnya kepada pihak Universiti Malaysia Perlis yang telah menyediakan Dewan Kapitol serta perkhidmatan multimedia dan siaraya sempena majlis tersebut. Semoga kerjasama yang telah ditunjukkan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers