Sekolah Kebangsaan Sena

Penilaian Anugerah Kepimpinan ICT 2013

Guru Besar SK Sena menyampaikan taklimat kepada para juri penilaian Anugerah Kepimpinan ICT 2013 di Bilik MesyuaratSK SENA, Kangar - Pegawai-pegawai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia berada di Sekolah Kebangsaan Sena kelmarin untuk tujuan penilaian Anugerah Kepimpinan ICT sempena Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan tahun ini. Rombongan tersebut terdiri daripada Pn. Roslawati binti Abdul Wahab, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), En. Abd Halim bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan En. Ahmad Zaki bin Yaakob, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Kedah. Mereka telah diiringi oleh En. Ahmad Zahir bin Saad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perlis, En. Zulkhairi bin Jaafar, BTPN Perlis serta pegawai-pegawai BTPN Perlis dan disambut oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru SK Sena di Dataran Sena sekitar jam 3.00 petang, sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk satu sesi taklimat serta pemantauan rekod pengurusan dan aktiviti ICT.

Dalam taklimat yang diadakan, En. Roslan bin Yatim, Guru Besar SK Sena yang juga merupakan calon anugerah tersebut bagi negeri Perlis telah menerangkan tentang aspek-aspek pengurusan ICT dan program-program yang berkaitan di Sekolah Kebangsaan Sena melibatkan guru, murid dan masyarakat sekitar. Selain itu, beliau turut menghuraikan tentang pencapaian-pencapaian utama SK Sena dalam bidang ICT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya, para penilai membuat semakan terhadap fail-fail dan bahan-bahan dokumentasi ICT sekolah, serta mengadakan sesi soal-jawab bersama En. Roslan untuk mendapatkanAnggota MEDIASENA, Syed Ahmad Muaz menerangkan tentang demonstrasi Scratch dan Blender yang dijalankan di OSSLab maklumat lanjut tentang pentadbiran dan pengurusan ICT di SK Sena. Para juri turut memberi maklumbalas yang dapat membantu pihak sekolah menjalankan penambahbaikan terhadap pembangunan ICT yang dilaksanakan selama ini.

Selesai pemantauan, semua yang hadir telah dibawa melawat infrastruktur bidang kebitaraan ICT SK Sena, iaitu Makmal Penyelidikan dan Latihan Perisian Sumber Terbuka (OSSLab), dan Studio CyKidzCRAZE. Anggota-anggota MEDIASENA yang menjalankan demonstrasi pengaturcaraan komputer Scratch dan animasi 3-Dimensi Blender di OSSLab telah memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti latihan ICT dan multimedia yang mereka ikuti, serta kemahiran yang telah mereka pelajari. Selepas itu, satu sesi temubual ringkas antara para penilai dengan wartawan MEDIASENA telah dijalankan di Studio CyKidzCRAZE. Ketika menjawab soalan MEDIASENA, Pn. Roslawati menjelaskan bahawa salah satu tujuan utama Anugerah Kepimpinan ICT tersebut diadakan ialah untuk memilih ikon pengurusan ICT dalam kalangan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di seluruh Malaysia sebagai contoh kepada warga pendidikan yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanaan anugerah berkenaan memberi peluang kepada calon yang berjaya untuk berkongsi amalan terbaik dalam bidang ICT yang dijalankan dalam organisasi masing-masing untuk faedah bersama.

Lawatan penilaian Anugerah Kepimpinan ICT 2013 di SK Sena berakhir sekitar jam 6.30 petang. Pihak sekolah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penilai dan para pegawai yang hadir, serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan pencalonan SK Sena dalam penilaian tersebut, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Liputan program telah disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video temubual dalam Galeri Video SK Sena.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers