Sekolah Kebangsaan Sena

Perjumpaan Bersama Universiti Malaya

Panel Universiti Malaya dalam sesi pembentangan kepada sekolah-sekolah yang dijemput hadirUNIVERSITI MALAYA, Kuala Lumpur - Satu majlis Perjumpaan Bersama Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah-Sekolah Terpilih telah diadakan di sini pada 4 April yang lalu melibatkan 28 buah sekolah dari seluruh negara. Majlis tersebut yang diadakan di Jabatan Canselori Universiti Malaya (UM) telah dikelolakan oleh Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri (Community and Industry Relations Center, CItRa) dan memaparkan beberapa aktiviti utama seperti ucapan oleh Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, Naib Canselor UM, pembentangan daripada wakil-wakil universiti, lawatan ke Galeri Seni UM dan perbincangan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah yang hadir dengan pihak universiti.

Antara program kerjasama yang telah dicadangkan dalam majlis yang diadakan ialah menjalankan kursus dan kem cuti sekolah untuk murid, perundingan serta bengkel kebudayaan, penyediaan teknologi terkini kepada guru dan murid untuk aktiviti kajian bersama dalam pelbagai bidang kejuruteraan, penyediaan prasarana serta latihan kepimpinan untuk melahirkan warga pendidikan yang lebih berketerampilan. SekolahEn. Roslan bersama Dr. Ghauth Jasmon dalam sesi lawatan selepas pembentangan program kerjasama Kebangsaan Sena telah diwakili oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim dan Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa. Antara sekolah lain yang turut dijemput menghadiri program berkenaan ialah The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban, Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban, KK High School Sabah dan SK Taman Megah, Petaling Jaya. Kementerian Pelajaran Malaysia telah diwakili oleh Pn. Salbiah binti Baba yang merupakan Ketua Unit Kebitaraan Akademik, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaya dan Kementerian Pelajaran Malaysia atas peluang yang telah diberikan untuk menjadi sebahagian daripada program yang telah dilaksanakan, dan jaringan kerjasama yang akan dijalankan antara sekolah-sekolah yang terlibat dengan pihak universiti.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers