Sekolah Kebangsaan Sena

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 2014

Guru Tahun 1, Pn. Habsah binti Hassan membantu salah seorang murid dalam Ujian Penempatan yang dijalankan sempena majlis pendaftaran.SK SENA, Kangar - Murid-murid Prasekolah dan Tahun 1 yang diterima masuk ke Sekolah Kebangsaan Sena untuk sesi persekolahan 2014 mendaftarkan diri bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing pada 28 Disember 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Kantin sekolah. Majlis tersebut bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang prosedur persekolahan kepada para murid dan ibu bapa, dan telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran murid yang hadir.

Selesai pendaftaran, setiap murid diiringi ke kelas-kelas yang berkenaan untuk Ujian Penempatan untuk menentukan kelas yang akan mereka duduki apabila jadual persekolahan sebenar bermula pada 2 Januari 2014 nanti. Ujian berkenaan melibatkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, serta dikendalikan oleh GuruMurid dan ibu bapa yang hadir mendaftarkan diri sebelum sesi taklimat. Kelas yang bertugas pada hari tersebut. Pada masa yang sama, ibu bapa dan penjaga murid mengikuti beberapa sesi taklimat untuk mendapatkan gambaran yang lebih lanjut tentang persekolahan anak jagaan masing-masing di SK Sena.

Taklimat awal telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa setiap murid yang diterima masuk bersama ibu bapa dan penjaga dianggap sebagai sebahagian daripada komuniti SK Sena, dan mengajak semua pihak bersama-sama memberikan komitmen untuk menjayakan agenda pendidikan dan kecemerlangan sekolah. Seterusnya, taklimat kedua oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), En. Zubir bin Ghazali mengkhususkan kepada undang-undang dan peraturan sekolah, serta bantuan persekolahan dan kebajikan murid. Taklimat terakhir untuk hari tersebut telah disampaikan oleh Pn. Haryanti binti Salim. Beliau menerangkan kepada para ibu bapa dan penjaga tentang proses kemasukan Tahun 1 dan Prasekolah, serta program transisi yang telah dirancang untuk memudahkan persekolahan murid-murid baru di SK Sena.

Pihak sekolah mengucapkan selamat memasuki alam persekolahan kepada semua murid yang terlibat, serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah 2014. Liputan dan siaraya program disediakan oleh MEDIASENA (Jurukamera: Aiman Hakim Aziz).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers