Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Festival Konvokesyen UniMAP 2014

En. Roslan bergambar bersama para penerima sumbangan buku Kumpulan Media Karangkraf dan tetamu kenamaan dalam Majlis Pelancaran FestKon UniMAP 2014.UniMAP, Pauh Putra - Majlis Pelancaran Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (FestKon) Ke-9 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Boulevard kampus induk universiti tersebut di sini pada 23 September 2014. Majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor UniMAP turut dihadiri oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro-Canselor UniMAP; YAB Dato' Sri Azlan Man, Menteri Besar Perlis; YBhg Brig Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP serta tetamu jemputan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sekolah Kebangsaan Sena telah diwakili oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim; Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa; Ketua Bitara ICT, Cik Azizah binti Hamzah dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, En. Ahmad Ferdaus bin Abd Razak bersama 10 orang kru MEDIASENA untuk menerima hadiah buku sumbangan Kumpulan Media Karangkraf.

Pelbagai acara telah disediakan untuk menghiburkan para penonton yang hadir pada malam pelancaran tersebut seperti persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar UniMAP, kugiran oleh unit kebudayaan institusi berkenaan dan persembahan khas daripada penyanyi kontemporari, Kaka Azraff. Pada masa yang sama, FestKon tahun ini turut menampilkan beberapa acara istimewa untuk para pengunjung sepanjang 5 hari perjalanan festival tersebut seperti pameran dan jualan oleh pelbagai unit dan jabatan UniMAP, pertandingan nyanyian dan pertandingan mewarna untuk murid sekolah serta Kids Zone yang memaparkan aktiviti-aktiviti menarik seperti bengkel robotik, animasi 3-Dimensi, permainan Wii Nintendo dan board games.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UniMAP atas jemputan untuk menjadi sebahagian daripada FestKon 2014.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers