Sekolah Kebangsaan Sena

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2011

SK SENA, Kangar - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sena telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2011 pada 26 Mac di Kantin SK Sena. Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. Seterusnya, upacara diteruskan dengan sambutan tetamu kehormat, YB Tn. Jafperi YB Tn. Jafperi bin Othman menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Sena 2011bin Othman, Exco Kerajaan Negeri Perlis melibatkan persembahan pasukan kompang dan angklung SK Sena. Beliau yang telah menyampaikan ucapan perasmian majlis telah menekankan, antaranya kepentingan mendidik dan mengasuh murid-murid yang akan menjadi pewaris negara ini dari peringkat awal. Ini kerana murid-murid yang berada pada tahap umur sekolah rendah lebih mudah untuk dibentuk menjadi insan yang berhemah dan berkeperibadian yang tinggi. Selain itu, antara tetamu lain yang turut hadir ialah Tn. Hj. Mohd Hashim bin Mohd Alwi, Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis (Unit Perhubungan) mewakili Pengarah Pelajaran Perlis, En. Ahmad Shukri bin Ali, Yang Dipertua PIBG SK Sena, dan En. Roslan bin Yatim, Guru Besar SK Sena.

Selesai perasmian, majlis kemudiannya diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat dan penyata kewangan bagi sesi PIBG 2010/2011, pembahasan usul-usul oleh ibu bapa dan guru, serta pelantikan jawatankuasa PIBG yang akan bertugas bagi sesi 2011/2012. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-17. Liputan media dan siaraya majlis telah disediakan oleh CyKidzCRAZE. Saksikan video liputan di Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers