Sekolah Kebangsaan Sena

Polisi Penggunaan OSSLab

OSSLab


  1. Murid mesti ditemani oleh guru sepanjang masa berada di OSSLab.

  2. Semua pengguna OSSLab mesti membuat catatan penggunaan setiap kali menggunakan OSSLab.

  3. Semua pengguna tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan konfigurasi pada peralatan-peralatan OSSLab, termasuklah memasang atau mengubah apa-apa wayar atau peralatan pada komputer OSSLab. Sebarang perubahan yang perlu dibuat hendaklah dilakukan oleh AJK CyQUEST yang terlatih.

  4. Semua pengguna tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa barang atau peralatan dari OSSLab tanpa kebenaran AJK CyQUEST yang terlatih.

  5. Peminjaman peralatan yang boleh dipinjam hendaklah dilakukan dengan mengisi borang pinjaman bahan dan peralatan, setelah mendapat kebenaran AJK CyQUEST yang terlatih. Semua bahan atau peralatan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada hari yang sama sebelum tamat waktu persekolahan, kecuali dengan kebenaran khusus daripada Ajk CyQUEST yang terlatih.

  6. Semua pengguna dilarang membawa sebarang bahan makanan dan minuman ke dalam OSSLab.

  7. Semua pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan kekemasan OSSLab sepanjang masa.

  8. Semua bahan atau peralatan yang digunakan hendaklah disimpan kembali ke tempat asalnya, kecuali bahan atau peralatan sensitif yang perlu diserah kembali kepada AJK CyQUEST yang terlatih untuk disimpan.

  9. Semua pengguna tidak dibenarkan menekan butang POWER pada komputer OSSLab kecuali dengan arahan atau kebenaran AJK CyQUEST yang terlatih. Operasi START, RESTART dan SHUT DOWN hanya dilakukan oleh AJK CyQUEST yang terlatih.

  10. Semua pengguna dikehendaki menyimpan data masing-masing ke dalam ruang server masing-masing. Data dalam komputer OSSLab akan dipadam secara berkala tanpa merujuk kepada pengguna terlebih dahulu.

  11. Sebarang masalah pada konfigurasi sistem dan rangkaian mesti dirujuk kepada AJK CyQUEST yang terlatih. Usaha pembaikpulihan sendiri oleh pengguna hanya dibenarkan untuk data dan bahan masing-masing.

  12. Bilik Server dan Kawalan Rangkaian ialah kawasan larangan bagi semua pengguna kecuali AJK CyQUEST yang terlatih.

  13. Pengguna dikehendaki bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku semasa penggunaan akibat kecuaian dan kelalaian pengguna dalam mematuhi polisi penggunaan.

  14. OSSLab dibangunkan untuk tujuan penyelidikan dan latihan. Sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat seperti bermain game dan melayari Internet tanpa tujuan boleh dilakukan di mana-mana cybercafe sekitar bandar Kangar.


UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers