Harapan
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Isnin, 01 September 2008 11:00
- Pengarang: Administrator
Harapan utama pihak sekolah terhadap PSS secara keseluruhan ialah agar segala aktiviti dan peranan yang diletakkan di bawah tanggungjawab PSS dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini seterusnya akan membolehkan PSS menjalankan tugas dan fungsi-fungsinya sepenuhnya.
PSS juga mestilah mampu menarik minat dan memenuhi kehendak penggunanya, khususnya para guru dan murid. Bahan-bahan dan kemudahan di dalam PSS mestilah bukan sahaja ada, tetapi harus sentiasa berada dalam keadaan baik, tersusun, serta mudah diperolehi apabila hendak digunakan. Pengurusan sumber-sumber ini juga harus sentiasa teratur agar tidak timbul kekeliruan di kalangan pengguna.
Akhir sekali, pihak sekolah juga berharap agar PSS dapat merealisasikan wawasan "Sekolah Sebagai Pusat Sumber", di mana bukan sahaja perpustakaan dan bilik-bilik khas, malah keseluruhan sekolah mempunyai sumber ilmu yang dapat dimanfaatkan. Apabila wawasan ini terlaksana secara menyeluruh, setiap detik persekolahan mampu menjadi peluang untuk para pelajar menimba ilmu, baik secara sedar mahupun tidak. Pihak sekolah yakin, dengan usaha yang gigih dan berterusan seperti yang telah ditunjukkan oleh pengurusan PSS selama ini, segala matlamat ini akan berjaya dicapai.