Pelancaran Program NILAM 2010

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena pagi ini telah mengadakan majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah Kebangsaan Sena 2010. Majlis tersebut yang menandakan bermulanya kempen galakan membaca di SK Sena telah dikendalikan oleh guru bertugas minggu ini, Pn. Norhafiza binti Jamil. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan pesanan kepada semua murid supaya masing-masing membawa buku untuk dibaca pada waktu rehat. Tambahan pula, pihak sekolah telah menyediakan kemudahan tempat duduk dan istirehat untuk digunakan oleh murid-murid pada masa lapang. Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya membuat catatan NILAM selepas menghabiskan buku-buku yang dibaca. Selain itu, Guru Besar turut menyebutkan tentang betapa pentingnya para guru menjadi orang yang mencintai ilmu pengetahuan.
 
Majlis diteruskan dengan sesi membaca buku selama lima minit, di mana seluruh warga SK Sena membaca buku yang dibawa ke Dataran Sena. Wakil murid, Muhammad Danish bin Saidar kemudiannya menyampaikan sebuah cerita pendek sebagai penutup kepada Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah Kebangsaan Sena 2010 ini.