Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Program NILAM 2013

DSCN0245SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi. Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Majlis pelancaran NILAM SK Sena 2013 dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada para murid tentang kepentingan membaca dalam apa sahaja keadaan untuk memastikan agar masa yang terluang dapat diisi dengan cara yang berfaedah. Seterusnya, beliau telah menyempurnakan gimik pelancaran dengan memecahkan belon sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM untuk tahun 2013. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian hadiah galakan membaca berupa basikal kepada murid-murid yang telah mencatatkan jumlah bacaan tertinggi untuk rekod semasa. Selesai penyampaian hadiah, semua guru dan murid menyanyikan lagu rasmi program NILAM.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Liputan majlis disediakan oleh MEDIASENA.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers