Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

Kempen Membaca KebangsaanSK SENA, Kangar - Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sena telah melangsungkan pelancaran Kem Membaca 1Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah dengan tema "Membaca Jambatan Ilmu: 1Bahasa, 1Bangsa, 1Malaysia" dalam satu majlis yang diadakan di Dataran Sena kelmarin. Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim merupakan sebahagian daripada Kempen Membaca peringkat kebangsaan yang dilaksanakan di perpustakaan dan institusi-institusi akademik seluruh negara. Dalam ucapannya, En. Roslan menyebutkan bahawa pelbagai aktiviti telah dirancang sempena pelancaran tersebut, dan beliau mengharapkan agar semua murid dan guru dapat terlibat secara aktif untuk menjayakan aktiviti-aktiviti berkenaan. Selain ucapan perasmian, majlis pelancaran di SK Sena turut diserikan dengan persembahan murid dan simulasi membaca melibatkan seluruh warga sekolah selama 2 minit.

Kempen Membaca peringkat kebangsaan yang merupakan salah satu agenda nasional dirangka dengan matlamat untuk menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, berfikir dan kreatif, serta memperkembangkan industri penerbitan buku negara. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan atas kejayaan merancang dan melaksanakan program-program galakan membaca di peringkat sekolah.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers