Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Program NILAM

En. Roslan menandatangani plak Pelancaran Program NILAM SK Sena 2014SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat SK Sena sebagai salah satu program galakan membaca melibatkan semua murid. Program tersebut yang dijalankan secara tahunan bermatlamat untuk membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Penilaian pembacaan murid turut dilaksanakan sepanjang tahun untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang berjaya mencatatkan jumlah bacaan terbanyak.

Majlis pelancaran di SK Sena dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua pihak agar menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena program NILAM untuk memastikan minat membaca dalam kalangan murid dapat dikekalkan pada setiap masa. Seterusnya, beliau menyempurnakan gimik pelancaran dan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya mencatatkan jumlah bacaan terbanyak untuk tahun lepas. Hadiah-hadiah yang telah disampaikan untuk kali ini berupa sijil, piala dan komputer tablet.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) kerana telah menjayakan majlis pelancaran tersebut, dan mengharapkan agar semua murid dapat meningkatkan lagi tahap pembacaan masing-masing pada masa hadapan. Liputan program disediakan oleh MEDIASENA (Jurukamera: Muhammad Ehsan Zubaidi dan Muhammad Faiq Hafiy Muhammad Fauzan).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers