PENGURUSAN PSS
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sena menguruskan segala bahan sumber yang terdapat di seluruh kawasan sekolah. Ini melibatkan bahan-bahan bantu mengajar (BBM), bahan-bahan tayangan dan buku-buku bacaan pelajar dan guru.
Di perpustakaan sekolah, buku bacaan boleh dipinjam baik secara individu atau secara berkelompok, jika ada guru yang ingin menggunakan sejumlah tajuk yang sama untuk satu-satu kelas. Selain itu, bahan tidak bercetak seperti cakera padat (CD) turut disediakan dalam dua salinan, masing-masing untuk guru dan pelajar. Catatan keluar masuk bahan-bahan ini dilakukan melalui sistem automasi (pengimbasan kod bar) yang tersedia di perpustakaan. Sistem ini akan bertukar format menggunakan pangkalan data Sumber Terbuka (Open Source), serta dinaiktarafkan dan diperluaskan skop penggunaannya apabila dipindahkan daripada komputer perpustakaan ke server berpusat milik Sekolah Kebangsaan Sena pada masa hadapan.
Selain itu, beberapa perkhidmatan sampingan turut tersedia di perpustakaan untuk kemudahan warga Sena.
PENGURUSAN BAHAN PSS
Bahan-bahan di PSS diuruskan menggunakan slip kerja yang difailkan mengikut pengkelasan bahan. Kemudian, bahan-bahan tersebut disusun dan direkodkan menggunakan sistem automasi. Maklumat daripada sistem automasi ini dicetak lalu disimpan difailkan.
SUDUT-SUDUT PSS
Antara sudut yang terdapat di bawah pengurusan PSS ialah:
PROGRAM NILAM
Program NILAM merupakan salah satu program utama di bawah PSS. Di dalam program ini, para pelajar digalakkan merekodkan butiran bagi bacaan mereka. Penilaian pencapaian NILAM setiap pelajar direkodkan secara berikut (menggunakan skala tahap Jauhari untuk peringkat sekolah rendah):