Sekolah Kebangsaan Sena

Latihan Kemahiran Perisian Multimedia (Cinelerra) Berasaskan Sumber Terbuka

Bengkel Latihan Perisian Multimedia (Cinelerra) Berasaskan Sumber Terbuka telah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 4 - 5 Julai, 2009
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Makmal Rangkaian, UniMAP Seberang Ramai
Peserta: 25 orang kru Studio CyKidzCRAZE/KWN SK Sena dan 8 orang fasilitator produksi video dari IPGM, Kampus Perlis

Bengkel ini telah dianjurkan secara bersama oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan (PPKKP), UniMAP dan S.E.N.A CyQUEST, Sekolah Kebangsaan Sena di bawah komponen Studio CyKidzCRAZE. Pengisian utama bengkel ini ialah pengenalan dan latihan penggunaan perisian Cinelerra (http://cinelerra.org/), iaitu perisian sumber terbuka yang digunakan dalam penyuntingan video peringkat lanjutan.

Pada hari pertama, para peserta telah dilatih untuk memasang perisian tersebut pada komputer dengan sistem operasi Mandriva Linux, dan didedahkan kepada antaramuka serta fungsi-fungsi asas dalam Cinelerra. Setiap peserta kemudian diberikan fail-fail video rakaman kru Studio untuk tujuan latihan penggunaan Cinelerra. Hari berikutnya, semua peserta menjalani sesi gerak kerja amali dalam kumpulan untuk dipersembahkan di penghujung sesi latihan. Dalam majlis penutup kepada bengkel ini, Dekan PPKKP, Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad telah menerangkan manfaat dalam menggunakan perisian sumber terbuka dan pentingnya menjauhkan diri daripada menggunakan perisian cetak rompak. Beliau juga memberikan ulasan tentang video yang telah ditayang dalam sesi persembahan, khususnya semangat dan usaha yang telah ditunjukkan oleh murid-murid dalam menjayakan persembahan masing-masing.

Sijil penyertaan dan cenderamata telah dikeluarkan oleh UniMAP dan disampaikan oleh Dr. R. Badlishah untuk semua peserta yang terlibat.

 


UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers