Sekolah Kebangsaan Sena

S.E.N.A CyQUEST: Bengkel Kewartawanan Fasa 2

Bengkel Kewartawanan merupakan program Bitara ICT S.E.N.A CyQUEST yang memberikan latihan kemahiran dan pengukuhan kepada kru studio CyKidzCRAZE untuk menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Sutradara, Wartawan/Pelakon, Jurukamera, Penyunting dan Kru Bantuan dalam sesi penggambaran. Bengkel ini berjalan sebagai satu program kerjasama antara S.E.N.A CyQUEST dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis yang diterajui oleh En. Rizam bin Zamri, Ketua Unit Pusat Sumber IPGM Ps.

Program ini berjalan seperti berikut:-

Tempat: Sekolah Kebangsaan Sena
Tarikh: 3 dan 4 Oktober 2009
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Fasa kedua bengkel ini telah diadakan secara berfokus, di mana pemegang setiap peranan/jawatan mengikuti latihan dalam kumpulan masing-masing. Pasukan jurukamera telah dibimbing oleh En. Rizam bin Zamri sendiri, dan mereka diajar untuk merancang penggambaran dengan teliti berdasarkan majlis dan membuat penggambaran seperti yang telah dirancang dengan mahir dan profesional.

Pasukan penyunting pula telah menjalani latihan secara individu, di mana setiap penyunting diberi satu tajuk untuk suntingan dan mereka ditugaskan untuk menghasilkan klip video 5-minit berdasarkan tajuk tersebut. Para fasilitator dari IPGM Ps hadir untuk memberi tunjuk ajar dari segi penggunaan perisian, pemilihan scene yang sesuai dan teknik susunan scene serta membantu menyelesaikan masalah-masalah yang timbul sepanjang penyuntingan.

Sebahagian daripada anggota kumpulan teater IPGM Ps pula telah sanggup meluangkan masa mereka untuk melatih wartawan/pelakon CyKidzCRAZE dengan matlamat utama untuk menanamkan keyakinan diri dan kemahiran berinteraksi. Para wartawan/pelakon yang terlibat mengambil masa selama sehari untuk mengenal dan berlatih menggunakan teknik-teknik asas latihan teater, dan pada hari kedua mereka menyediakan satu persembahan ringkas di bawah bimbingan fasilitator-fasilitator mereka.

S.E.N.A CyQUEST ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih dan para fasilitator dari IPGM Ps yang telah bekerja keras untuk membantu melatih kru CyKidzCRAZE. Kami mengharapkan semoga kerjasama seperti ini akan berterusan pada masa hadapan. CyQUEST juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Penyelaras RFP serta semua AJK yang terlibat dalam menghadiri dan menjayakan program ini.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers