Sekolah Kebangsaan Sena

Kursus Asas Teknikal Studio

SK SENA, Kangar - S.E.N.A CyQUEST melalui komponen CyKidzCRAZE telah menganjurkan Kursus Asas Teknikal Studio untuk kru CyKidzCRAZE dengan tujuan untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran anggota kru CyKidzCRAZE dalam teknik pengendalian peralatan studio, khususnya dalam peringkat pra-produksi, produksi dan pasca-produksi. Kursus tersebut telah berjalan seperti berikut:-

Tarikh: 7 - 8 November 2009
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Tayangan SK Sena

Peringkat awal kursus tersebut dimulakan dengan taklimat tentang teori EFP dan ENG, iaitu Produksi Lapangan Elektronic (Electronic Field Production) dan Pengumpulan Berita Elektronik (Electronic News Gathering), termasuklah tentang peralatan asas yang diperlukan dalam penerbitan.

 

Peserta kemudiannya diberi peluang mengendalikan kawalan mixer untuk rakaman audio, berdasarkan garispanduan yang diberikan oleh jurulatih tentang kaedah mengawal aras suara dan bunyi yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

 

Setelah itu, jurulatih yang dijemput khas dari UiTM Shah Alam menunjukkan pula cara-cara untuk menjaga kebersihan mikrofon selepas setiap penggunaan bagi memastikan agar alat tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang terjaga dan sentiasa sedia untuk digunakan. Kru CyKidzCRAZE yang hadir turut diminta mendemonstrasikan semula kaedah penjagaan mikrofon untuk memastikan mereka memahami teknik yang disampaikan.

 

Seterusnya, para peserta diajar teknik penjagaan wayar, termasuklah wayar audio, video dan elektrik. Antara perkara yang diberi penekanan ialah pentingnya menyimpan wayar dengan betul agar dapat digunakan semula dengan cepat apabila perlu, serta kerosakan luaran dan dalaman yang mungkin berlaku jika penyimpanan tidak dilakukan dengan tepat.

 

Perkara terakhir yang telah disampaikan kepada kru CyKidzCRAZE untuk sesi kali ini ialah kaedah pemasangan wayar di lokasi rakaman atau penggambaran, kemudian bagaimana untuk membuka semula pemasangan tersebut setelah rakaman berakhir.

 

S.E.N.A CyQUEST ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Fuaad dari UiTM Perlis yang telah memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kru CyKidzCRAZE dalam menjalankan tugas mereka. Semoga segala yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta yang hadir.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers