Sekolah Kebangsaan Sena

Pengenalan Kepada Ubuntu 2010

UniMAP, Seberang Ramai - Jawatankuasa Perisian Sumber Terbuka UniMAP, Jabatan Pelajaran Perlis dan OSSLab SK Sena telah menganjurkan siri Latihan Pengenalan kepada Ubuntu GNU/Linux untuk Guru-Guru Perlis yang bermula pada 24 Mei 2010 dan dijangka berakhir pada 2 Jun 2010. Latihan tersebut yang bertujuan Dr. R. Badlishah menerangkan kaedah memasang sistem operasi Ubuntuuntuk memberikan pendedahan awal dalam kemahiran penggunaan Ubuntu serta pentadbiran sistem melibatkan seramai 150 orang peserta dari kalangan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis, juruteknik komputer Jabatan Pelajaran Perlis dan guru-guru Penyelaras ICT sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis.

 

Siri latihan tersebut berjalan dalam tiga fasa dan telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT Jabatan Pelajaran Perlis, En. Mohd Kadri bin Ibrahim. Pengisian kursus pula disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan merangkap pengerusi Jawatankuasa Perisian Sumber Terbuka UniMAP, Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa, Dr. Ong Bi Lynn dan Cik Hasneeza Liza binti Zakaria, kedua-duanya merupakan pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan UniMAP.  

Antara pengisian latihan ialah konsep perlesenan perisian sumber terbuka, kestabilan dan keselamatan sistem operasi berasaskan GNU/Linux, pemasangan sistem operasi Ubuntu, penggunaan Ubuntu melalui antaramuka grafik (GUI), kemahiran asas arahan teks (CLI), pemasangan pelayan (server) dan asas pentadbiran sistem menggunakan Ubuntu. Setiap peserta dibekalkan dengan DVD dan modul untuk rujukan dan tindakan lanjut selepas menjalani latihan.

Sekolah Kebangsaan Sena yang bertindak sebagai urusetia latihan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan siri tersebut, juga kepada para peserta yang menghadiri kursus berkenaan. Diharapkan agar kelebihan-kelebihan yang ada pada perisian sumber terbuka yang disampaikan melalui latihan tersebut dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta di tempat masing-masing kelak.

Bahan-Bahan Rujukan Tambahan

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers