Sekolah Kebangsaan Sena

Program Pemantapan Mentor ICT

Program Pemantapan Mentor ICT atau PROPER merupakan salah satu program mingguan kendalian S.E.N.A CyQUEST 2010 yang bertujuan untuk memberikan latihan lanjutan kepada kru CyKidzCRAZE, sidang redaksi Aspirasi Sena dan Pengawas OSSLab dalam bidang kemahiran masing-masing. Selain itu, PROPER juga berfungsi untuk melatih pelapis-pelapis dari kalangan murid-murid yang lebih muda, khususnya Tahun 3 dan 4, agar mereka dapat mengambil-alih tugas organisasi murid S.E.N.A CyQUEST pada masa hadapan.

Pada masa ini, PROPER menumpukan kepada latihan kru CyKidzCRAZE yang terdiri daripada Jurukamera, Penyunting Video dan Wartawan/Pelakon. Latihan dalam setiap bidang ini dikendalikan sendiri oleh S.E.N.A CyQUEST dengan bantuan kru yang telah dilantik pada penghujung 2009. Antara kemahiran yang ditekankan setakat ini ialah seperti berikut:-

Jurukamera/Editor
  1. Pengendalian kamera
  2. Teknik asas fotografi dan videografi
  3. Penggubahan imej melalui kawalan ruang, Rule of Thirds dan kawalan latar belakang
  4. Pengetahuan dan kaedah asas motion control
  5. Pengendalian studio
  6. Penghasilan paparan cerita (storyboard)
Wartawan/Pelakon
  1. Teknik persediaan untuk persembahan
  2. Simulasi perbincangan
  3. Penghasilan paparan cerita (storyboard)

Semua kemahiran yang dilatih sepanjang tahun ini akan menjadi modul ujian kemahiran bertulis dan amali yang akan menentukan sama ada pelapis-pelapis yang telah dilatih akan dilantik secara rasmi. Selain itu, semua kru dan pelapis juga menggunakan masa PROPER untuk menyiapkan persediaan bagi beberapa program melibatkan S.E.N.A CyQUEST, GENIUSMATHS dan Panitia Bahasa Inggeris yang telah dirancang untuk rakaman dan terbitan 2010.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers