Sekolah Kebangsaan Sena

Semarak Merdeka 53

TAMAN MERDEKA, Kangar - Sambutan Hari Kebangsaan ke-53 peringkat negeri Perlis telah diadakan pada 31 Ogos 2010 melibatkan jabatan-jabatan kerajaan seluruh negeri Perlis, dan telah dianjurkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Beberapa orang murid Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai sambutan tersebut sebagai pelakon-pelakon dan kru berita dalam sebuah pantomim bertajuk "Main Merdeka-Merdeka" yang telah dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Perlis. Selain SK Sena, sekolah-sekolah lain yang turut terlibat dalam persembahan berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Arau. Selain itu, satu pasukan koir melibatkan murid-murid SMK Syed Hassan dan SMK Putra turut membuat persembahan.

Latihan bagi persembahan pantomim "Main Merdeka-Merdeka" telah dimulakan pada 29 Ogos 2010, di mana semua peserta berkumpul untuk latihan selama dua hari di Pusat Kokurikulum Timah Tasoh. Pengurusan peserta sepanjang latihan telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Produksi Semarak Merdeka 53, dan segala perbelanjaan telah ditanggung oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis dan Jawatankuasa Produksi Semarak Merdeka 53 kerana telah memberikan peluang kepada SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada pementasan pantomim "Main Merdeka-Merdeka". Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Nantikan video dokumentasi "Semarak Merdeka 53" terbitan CyKidzCRAZE di Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers