Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena di OSS Day KPM 2010

KOMPLEKS E, Putrajaya - Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Hari Terbuka Perisian Sumber Terbuka pada 12 dan 13 TPM Menandatangani Buku Pelawat SK SenaOktober yang lalu. Program tersebut yang bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya telah melibatkan peserta pameran daripada pelbagai pihak seperti Novell, Debian, Ubuntu, HP, Telekom Malaysia dan Jabatan Pelajaran Terengganu. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Asariah binti Mior Shaharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Malaysia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Sekolah Kebangsaan Sena turut terlibat dalam OSS Day 2010 sebagai peserta pembentangan dan pameran yang dijalankan sepanjang dua hari program tersebut berlangsung. Antara bahan yang dipamerkan di booth pameran SK Sena ialah program-program yang dijalankan di SK Sena yang melibatkan penggunaan pelbagai perisian sumber terbuka secara langsung, demonstrasi penggunaan perisian sumber terbuka dalam pendidikan dan produk murid yang dihasilkan menggunakan perisian sumber terbuka sepenuhnya. Selain itu, booth SK Sena turut memaparkan senarai alternatif perisian sumber terbuka yang sesuai digunakan dalam suasana pendidikan sebagai pilihan berbanding perisian-perisian komersil yang digunakan untuk fungsi-fungsi yang sama. Brosur inisiatif sumber terbuka SK Sena dan buku cadangan penggunaan perisian-perisian sumber terbuka dalam Pembelajaran dan Pengajaran turut diedarkan kepada para tetamu.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya kepada sekretariat OSS Day 2010 kerana telah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menyertai program berkenaan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir melawat booth SK Sena dan bukan sahaja telah memberikan maklumbalas yang amat memberangsangkan, malah telah menyumbangkan begitu banyak idea dan cadangan kerjasama yang amat berguna untuk memajukan lagi inisiatif sumber terbuka di SK Sena. SK Sena mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk membuka peluang kepada lebih ramai peserta untuk turut terlibat dalam acara yang begitu berfaedah untuk pelbagai golongan masyarakat.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers