SK Sena di FOSS Day UniMAP 2010

KG. WAI, Kuala Perlis - FOSS Day, atau Hari Perisian Sumber Terbuka / Bebas merupakan satu program promosi dan penyebaran maklumat tentang konsep perisian sumber terbuka dan kelebihannya yang telah dianjurkan oleh Universiti Naib Canselor UniMAP Memberikan Ucapan Perasmian FOSS Day 2010Malaysia Perlis melalui Jawatankuasa Perisian Sumber Terbuka (OSSC) UniMAP pada 8 Oktober yang lalu. Program tersebut yang bermula pada jam 10.00 pagi telah dirasmikan oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Dalam ucapannya, beliau telah meletakkan sasaran kepada OSSC untuk mencapai penggunaan perisian sumber terbuka sepenuhnya dalam kalangan warga UniMAP dalam masa dua tahun. Selain itu, beliau turut menyeru OSSC dan seluruh warga UniMAP agar menjuarai perjuangan untuk merintis penggunaan perisian sumber terbuka secara meluas di negeri Perlis. Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Tn. Hj. Abdul Hadi bin Harun turut hadir menyampaikan ucapan dan mewakili Pengarah Pelajaran Perlis dalam majlis tersebut, sementara penerangan konsep dan kelebihan perisian sumber terbuka pula telah disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan merangkap Pengerusi OSSC UniMAP, Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad.

Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai FOSS Day UniMAP 2010 sebagai peserta pameran dan demonstrasi. Pameran SK Sena semasa program tersebut melibatkan paparan program-program dan inisiatif sumber terbuka yang telah dijalankan di SK Sena, khususnya program-program yang melibatkan jaringan kerjasama antara SK Sena dengan UniMAP. Selain itu, satu demonstrasi aplikasi multimedia dalam sumber terbuka turut diadakan untuk menarik minat pengunjung agar mengenal perisian-perisian sumber terbuka dengan lebih dekat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis, khususnya kepada sekretariat FOSS Day 2010 kerana telah memberikan peluang kepada sekolah untuk turut serta dalam program berkenaan, dan mengharapkan agar program ini dapat terus dikembangkan lagi pada masa hadapan.