Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena di MyGOSSCON 2010

PICC, Putrajaya - Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2010 telah diadakan pada 2 - 3 November yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan kehadiran seramai lebih 1000 peserta yang terdiri daripada pembentang-pembentang kertas kerja, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menanyakan sesuatu kepada murid SK Sena yang menyertai pameran MyGOSSCON 2010peserta pembentangan dan peserta pameran dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta. Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh MAMPU dan OSCC dengan kerjasama PIKOM telah dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, dan memaparkan 47 booth pempamer-pempamer seperti Red Hat, Novell, Oracle, MAMPU, Kementerian Pelajaran Malaysia dan beberapa buah universiti yang menggunakan perisian sumber terbuka dalam organisasi masing-masing. Antara tetamu kehormat yang turut hadir semasa perasmian program berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan, Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali.

Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai MyGOSSCON 2010 sebagai peserta pameran dengan memaparkan program-program inisiatif sumber terbuka yang berjalan di SK Sena, serta maklumat tentang penggunaan sumber terbuka untuk menyokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam suasana persekolahan. Selain itu, booth SK Sena turut menyediakan senarai alternatif perisian sumber terbuka dalam pendidikan yang telah diedarkan kepada para tetamu. Pada masa yang sama, para hadirin yang melawat booth SK Sena telah turut memberikan maklumbalas yang amat menggalakkan, serta idea-idea baru untuk meluaskan lagi penggunaan perisian sumber terbuka di SK Sena. Selain pameran, MyGOSSCON 2010 turut menyaksikan berlangsungnya beberapa aktiviti dan pertandingan seperti 36-hour OSS Webdev Contest, OSS Case Study Awards dan OpenOffice.org Competition.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur program yang telah sudi memberikan peluang kepada SK Sena untuk turut serta dalam MyGOSSCON 2010. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Perlis yang telah menyumbangkan bantuan dan sokongan kepada pihak sekolah dalam program tersebut. Penyertaan kali ini jelas telah membuahkan hasil yang amat berguna untuk meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sena. Semoga program seperti ini akan tetap diteruskan pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers