Sekolah Kebangsaan Sena

Mesyuarat Kerjasama SK Sena - UPSI

UPSI, Tanjung Malim - Seramai 10 orang wakil daripada Sekolah Kebangsaan Sena berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 4 November 2010 yang lalu untuk menghadiri satu mesyuarat kerjasama atas jemputan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPSI melalui Pengarahnya, Wakil-wakil UPSI dan SK Sena bergambar selepas mesyuaratTn. Hj. Mohd Nazri bin Md Saad. Beliau yang turut menghadiri Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2010 di PICC, Putrajaya telah tertarik dengan inisiatif sumber terbuka SK Sena, dan telah mencadangkan agar pihak sekolah dan UPSI bekerjasama untuk mengembangkan penggunaan perisian sumber terbuka antara kedua-dua buah institusi tersebut. Sehubungan itu, mesyuarat kerjasama yang telah diadakan membincangkan tentang bidang-bidang kerjasama yang dapat dijalankan, khususnya dalam penghasilan bahan Pembelajaran dan Pengajaran, latihan kemahiran multimedia dan program pensijilan guru dan murid dalam kemahiran-kemahiran penggunaan perisian sumber terbuka. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena, En. Roslan bin Yatim ketika memberikan ulasan menyatakan bahawa kerjasama antara SK Sena dan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan dapat meluaskan lagi jaringan permuafakatan antara Sekolah Kebangsaan Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia dengan universiti yang telah sedia wujud sebelum ini, melibatkan Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Sains Malaysia.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Prof. Dr. Rosly Jaafar dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik UPSI, Dr.-Ing. Maizatul Hayati bt Mohd Yatim, Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar, Fakulti Seni, Perkomputeran dan Industri Kreatif UPSI, serta beberapa orang lagi staf pengurusan dan tenaga pengajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada majlis yang sama, rombongan SK Sena telah dibawa melawat dewan kuliah UPSI yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd Nazri bin Saad serta semua anggota UPSI yang telah sudi menerima kunjungan wakil-wakil sekolah dalam majlis tersebut, dan mengharapkan agar program-program kerjasama yang telah dirancangkan dapat berjalan dengan lancar untuk manfaat semua pihak.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers