Sekolah Kebangsaan Sena

Bengkel Kerjasama OSSLab, SK Sena - OSCC, MAMPU

OSCC, Cyberjaya - Bengkel Program Kerjasama OSSLab, SK Sena - OSCC, MAMPU telah diadakan di sini pada 9 Disember 2010 melibatkan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sena serta pegawai-pegawai Guru-guru SK Sena mendengar ucapan aluan daripada En. Omar bin YaakopOpen Source Competency Center (OSCC) dan MAMPU. Antara matlamat utama bengkel tersebut diadakan ialah untuk membina hubungan kerjasama antara OSCC yang merupakan makmal perisian sumber terbuka kerajaan Malaysia dengan OSSLab yang berfungsi sebagai makmal kajian dan penyelidikan sumber terbuka di Sekolah Kebangsaan Sena.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Omar bin Yaakop dari OSCC dan diikuti dengan pembentangan Program Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam Malaysia yang telah disampaikan oleh Cik Isnormaria Ishak dari MAMPU, di mana beliau telah menerangkan tentang inisiatif sumber terbuka kerajaan Malaysia yang telah mula dijalankan sejak tahun 2004, dan kini telah memasuki fasa keduanya. Selepas rehat, majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi selari yang melibatkan dua acara serentak. Sebahagian daripada peserta program dari SK Sena dibawa mengikuti latihan penggunaan GNU/Linux di makmal latihan OSCC, sementara sebahagian lagi pula menyertai mesyuarat program kerjasama yang membincangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh OSCC, MAMPU dan cadangan-cadangan program kerjasama yang boleh dijalankan antara OSSLab dengan OSCC. Pembentangan perkhidmatan OSCC telah disampaikan oleh En. Marzuki Mohammad dari OSCC.

Beberapa program yang menarik telah dirancang berdasarkan mesyuarat tersebut, dan akan dilaksanakan dengan sokongan daripada MAMPU dan komuniti-komuniti sumber terbuka di seluruh Malaysia. Pihak sekolah amat menghargai peluang kerjasama yang telah diberikan oleh OSCC dan MAMPU, dan mengharapkan agar program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, agar inisiatif sumber terbuka di negara ini dapat terus berkembang pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers