Sekolah Kebangsaan Sena

Kem ICT ITU-UUM 2010

UUM, Sintok - Seramai 11 orang murid dan 4 orang guru pengiring Sekolah Kebangsaan Sena berada di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah sempena Kem ICT yang telah dijalankan pada 19 - 20 Disember 2010 yang lalu. Kem tersebut merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di UUM, dan telah dianjurkan oleh ITU-UUM Asia Pacific Center of Excellence melibatkan sekolah-sekolah dari negeri Perlis dan Kedah. Seramai lebih 100 peserta telah mengambil bahagian dalam kem berkenaan yang turut menerima sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). ITU ataupun International Telecommunication Union merupakan sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab menguruskan isu-isu berkaitan ICT.

Antara acara yang dijalankan sepanjang Kem ICT 2010 ialah Asas Latihan Digital Story Telling, Pengenalan kepada aplikasi Office dan Internet, Asas Latihan Pembinaan Blog dan ceramah keselamatan ICT yang telah disampaikan oleh wakil CyberSecurity Malaysia. Selain aktiviti ICT, beberapa aktiviti selingan turut diadakan untuk meningkatkan semangat peserta sepanjang program berkenaan. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberikan peluang kepada guru dan murid SK Sena untuk melibatkan diri dalam Kem ICT 2010.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers