Sekolah Kebangsaan Sena

CyKidzCRAZE Bersama Wanita dan DUN Pauh

DEWAN SIVIK, Arau - Kru penerbitan audiovisual SK Sena, CyKidzCRAZE telah menerima jemputan untuk mengadakan liputan berita dan siaran langsung setempat di Dewan Sivik Arau pada 23 April 2011 sempena program Sayangi Diri, Sayangi Keluarga bersama Wanita dan DUN Pauh. Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh YBM Dato' Seri Diraja SyedCyKidzCRAZE menemubual YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dalam program Sayangi Diri, Sayangi Keluarga bersama Wanita dan DUN Pauh Razlan Syed Putra Jamalullail dianjurkan oleh majalah Wanita dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara, Jabatan Pembangunan Wanita dan JKR. Selain itu, beberapa badan korporat dan swasta seperti Alazo dan Adabi turut terlibat menjayakan program berkenaan.

Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu diserikan dengan beberapa aktiviti khusus untuk wanita seperti ceramah kesihatan dan kecantikan, demonstrasi solekan menggunakan produk Alazo, kaedah mencuci barang kemas, dan demonstrasi masakan menggunakan produk Adabi. Tidak ketinggalan pertunjukan fesyen yang menampilkan hasil rekaan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia, dan satu sesi fotografi melibatkan semua yang hadir. Majlis tamat pada jam 5.00 petang dengan penerangan produk Jamu Mak Dara dan demonstrasi senaman kesihatan wanita.

Sepanjang program, CyKidzCRAZE telah memaparkan siaran langsung perjalanan majlis pada skrin yang disediakan di Dewan Sivik Arau, serta menjalankan liputan berita dan temubual dengan tetamu-tetamu kehormat dan peserta-peserta yang hadir dalam majlis berkenaan. Sekolah Kebangsaan Sena memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi peluang kepada CyKidzCRAZE untuk terlibat dalam program Sayangi Diri, Sayangi Keluarga bersama Wanita dan DUN Pauh. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers