Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di Royal Perlis Celebration Golf Welcome Dinner

Aktiviti SenaDEWAN 2020, Kangar - Satu majlis makan malam sempena Royal Perlis Celebration Golf telah diadakan di sini pada 13 Mei yang lalu anjuran kerajaan negeri Perlis dengan tajaan utama oleh The Mines Resort and Golf Club. Hadir dalam majlis berkenaan ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku CyKidzCRAZE menemubual pemain golf jemputan yang hadir dalam Royal Perlis Celebration Golf Welcome DinnerRaja Perlis bersama Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Muda Perlis. Antara tetamu kenamaan yang lain ialah Pengerusi Royal Perlis Celebration Golf, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Bersama, Tan Sri Lee Kim Yew yang juga merupakan pengerusi The Mines Resort and Golf Club, dan Timbalan Pengerusi, Dato' Azizan bin Hamid sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan dari beberapa buah negara, termasuk Duta Indonesia ke Malaysia, Duta China ke Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kuala Lumpur, serta beberapa orang pemain golf ternama dunia dari Amerika Syarikat dan United Kingdom, iaitu Lance Reader, Joe Miller, Kevin Shook dan Jean Daniels. Acara bermula pada jam 9.00 malam dengan ketibaan DYMM Tuanku Raja Perlis dan nyanyian lagu Amin-Amin. Sambutan kemudian diteruskan dengan persembahan oleh pasukan angklung Sekolah Kebangsaan Sena, persembahan sketsa, serta ucapan daripada Yang Berhormat Mulia Dato' Seri Diraja Syed Razlan dan Yang Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu.

Seterusnya, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menerima cenderamata daripada Tan Sri Lee Kim Yew berupa alat simulasi golf yang membolehkan latihan golf dijalankan secara indoor. DYMM Tuanku kemudiannya bertitah kepada para hadirin sebelum menyempurnakan upacara perasmian Royal Perlis Celebration Golf. Jamuan makan malam berlangsung selepas itu dengan beberapa persembahan selingan, termasuklah satu persembahan multimedia, stand-up comic oleh Douglas Lim, pemberian kek kepada Tan Sri Lee Kim Yew dan upacara melepaskan belon. DYMM Tuanku Raja Perlis dan tetamu kenamaan berangkat pulang pada jam 12.00 tengah malam.

CyKidzCRAZE menerima penghormatan apabila telah dijemput oleh kerajaan negeri Perlis bagi menjalankan liputan, temubual bersama para tetamu dan siaran langsung sempena majlis berkenaan. Antara hadirin yang sempat ditemubual oleh CyKidzCRAZE ialah para pemain golf dan Tan Sri Lee Kim Yew sebagai penaja utama Royal Perlis Celebration Golf. Turut menjadi sejarah apabila kru CyKidzCRAZE yang bertugas telah mendapat peluang untuk mengadakan liputan secara Multiple Camera Production (MCP). Sekalung penghargaan kepada Universiti Malaysia Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis kerana membantu menjayakan liputan tersebut.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan negeri Perlis, jawatankuasa Royal Perlis Celebration Golf dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi peluang kepada SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada majlis sambutan tersebut. Pihak sekolah mengharapkan agar peluang dan kerjasama seperti ini akan sentiasa berterusan pada masa hadapan. Maklumat lanjut tentang Royal Perlis Celebration Golf boleh didapati di http://www.royalpcg.com/. Nantikan video liputan di Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers