Sekolah Kebangsaan Sena

Pensijilan INGOTs Modul Bronze Di SK Sena

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Bengkel pensijilan INGOTs (International Grades, Open Technologies) modul Bronze kendalian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk guru dan murid SK Sena bermula hari ini di premis sekolah melibatkan seramai 27 orang peserta. INGOTsFasilitator UPSI memberikan penerangan kepada murid SK Sena yang menyertai bengkel INGOTs merupakan program pensijilan yang diasaskan dan ditauliahkah oleh The Learning Machine yang berpusat di Tamworth, United Kingdom. UPSI merupakan satu-satunya wakil di Malaysia yang diberi pengiktirafan untuk mengendalikan program tersebut. Bidang kemahiran utama yang diuji di peringkat Malaysia ialah kemahiran penggunaan komputer dan pelbagai perisian sumber terbuka.

Bengkel selama tiga hari di SK Sena bermula pada 6 Jun 2011 seawal jam 9.00 pagi dengan pendaftaran peserta-peserta yang terlibat. Semua peserta berkenaan kemudiannya menduduki ujian pertama untuk menentukan tahap literasi komputer masing-masing sebelum memasuki fasa latihan dan ujian seterusnya. Peserta-peserta yang berjaya melepasi ujian literasi tersebut diberi latihan dan ujian berikutnya, iaitu kemahiran menghasilkan lukisan asas menggunakan OpenOffice.org Drawing. Selain itu, perisian lain yang turut diuji ialah Audacity untuk rakaman dan suntingan audio, GIMP untuk penghasilan manipulasi grafik dan penggunaan Moodle untuk pengurusan bahan Pembelajaran dan Pengajaran secara online. Di akhir program, peserta-peserta yang berjaya melepasi semua tahap ujian akan diberikan sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh pihakl UPSI bagi modul Bronze, sementara sijil The Learning Machine akan dianugerahkan kepada peserta-peserta yang berjaya melepasi modul Silver dan Gold yang akan dijalankan di SK Sena pada masa hadapan.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris, khususnya Pusat ICT dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif kerana sudi hadir melaksanakan bengkel pensijilan INGOTs di SK Sena. Maklumat lanjut tentang program INGOTs boleh didapati di http://theingots.org/. Pelaksanaan INGOTs oleh UPSI di Malaysia pula boleh dilihat di http://ingots.upsi.edu.my/.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers