Sekolah Kebangsaan Sena

Kreatif Sains Dan Matematik ITNM

SK SENA, Kangar - Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan 2011 merupakan satu pertandingan penghasilan bahan video 5 - 7 minit anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Fokus pertandingan tersebut ialah untuk menghasilkan produksi video berdasarkan 130 tajuk buku Sains dan Matematik yang telah diterjemahkan dan Kreatif Sains dan Matematik ITNM 2011diterbitkan dalam Bahasa Melayu oleh institut tersebut sebagai bahan edaran kepada semua sekolah rendah dan menengah di negara ini. Dengan dua kategori, iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik 2011 menawarkan hadiah-hadiah berjumlah RM 130,000.00.

Sebanyak tiga kumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan Sena mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, melibatkan seramai 12 orang peserta utama dan hampir 30 orang kru penerbitan secara keseluruhan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian ialah penulisan skrip dan penghasilan storyboard, serta proses rakaman cerita dan penyuntingan sepanjang musim cuti pertengahan tahun 2011 yang lalu. Salah satu daripada syarat pertandingan ialah video-video yang dihasilkan perlu dimuatnaik ke portal video YouTube (www.youtube.com) dan dipautkan ke laman Facebook ITNM di http://www.facebook.com/klikITNM. Maklumat lanjut tentang pertandingan tersebut boleh didapati di laman promosi ITNM.

Video-video penyertaan SK Sena ialah seperti berikut:-

  1. Kumpulan 1 - Tuhan...Di Mana Cahaya Dan Warna
    {youtube}VlHVWtrGbhc{/youtube}

  2. Kumpulan 2 - Dari Tanah Ke Hospital
    {youtube}9fzaLko72kU{/youtube}

  3. Kumpulan 3 - Jatuh Bukan Rebah
    {youtube}n3hCRGtcIY0{/youtube}

 

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah berusaha gigih untuk menghasilkan video-video penyertaan tersebut, serta mendoakan kejayaan semua murid yang terlibat. Tontoni penyertaan SK Sena seperti yang disenaraikan, dan tunjukkan sokongan anda kepada penyertaan SK Sena dalam Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan 2011 di laman Facebook ITNM!

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers