Sekolah Kebangsaan Sena

CyKidzCRAZE, Angklung Dalam Hari Guru Negeri Perlis 2011

Aktiviti SenaDEWAN 2020, Kangar - Kru media CyKidzCRAZE dan pasukan angklung SK Sena berada di Dewan 2020, Kangar, Perlis kelmarin dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2011 sempena Ulangtahun Keputeraan ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis anjuran Jabatan Pelajaran Perlis. Majlis tersebut yang bermula pada jam 2.30 petang dengan ketibaan para hadirin telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin ibni TuankuKru media CyKidzCRAZE membuat liputan semasa titah perasmian majlis oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Syed Sirajuddin Jamalullail. Hadir bersama baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Selain itu, antara tetamu kenamaan lain yang turut hadir termasuk YB Tn. Hj. Sabry bin Ahmad, Exco Kerajaan Negeri Perlis mewakili Menteri Besar Perlis, En. Nuzrin bin Nuiman, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri Perlis. Tidak ketinggalan En. Mansor bin Lat, Pengarah Pelajaran Kedah yang dijemput sebagai tetamu dalam majlis berkenaan.

CyKidzCRAZE berada dalam majlis tersebut untuk menjalankan tugas liputan media bagi semua acara yang berlangsung. Pasukan angklung SK Sena pula merupakan sebahagian daripada kumpulan kombo/orkestra yang membuat persembahan nyanyian, tarian dan muzik latarbelakang sepanjang program. Majlis bermula dengan persembahan overture, ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis dan ucapan Tn. Hj. Sabry bin Ahmad. Seterusnya, Tuanku Raja Muda Perlis telah menyampaikan titah perasmian baginda yang diikuti dengan gimik pelancaran Sambutan Hari Guru 2011, nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, serta bacaan ikrar Hari Guru. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah-hadiah dan anugerah sempena Sambutan Hari Guru 2011. Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim merupakan penerima anugerah Pemimpin dalam ICT atas usaha-usaha beliau menggerakkan pembangunan ICT di Sekolah Kebangsaan Sena. Beliau telah diwakili oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zubir bin Ghazali untuk menerima anugerah daripada DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis kerana menghadiri mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Perlis mencapai kemuncaknya apabila perarakan masuk Tokoh Guru negeri Perlis 2011 dimulakan, diikuti oleh persembahan multimedia tentang kisah hidup Tokoh Guru 2011, Tn. Hj. Rejab bin Ismail (Rejab F.I.) sepanjang dan selepas perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Majlis diakhiri dengan persembahan penutup dan nyanyian lagu Dirgahayu Tuanku Raja Muda. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis kemudiannya berangkat untuk santapan dengan diiringi oleh tetamu-tetamu kenamaan yang hadir.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perlis atas peluang yang telah diberikan untuk menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Guru 2011. Nantikan video liputan program dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers