Sekolah Kebangsaan Sena

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik 2011

InfoSenaHOTEL SHANGRI-LA, Putrajaya - Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik 2011 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung di Dewan Putra Perdana, Hotel Shangri-La, Putrajaya pada 16 Ogos Wakil-wakil SK Sena yang menghadiri Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik 20112011 dengan dihadiri para peserta, guru penyelaras dan pentadbir sekolah-sekolah yang terlibat. Pertandingan yang bermula sejak bulan April yang lalu itu merupakan sebahagian daripada langkah promosi 130 judul buku Sains dan Matematik sekolah rendah dan menengah luar negara yang berjaya diterjemahkan oleh ITNM, dan menumpukan lebih kepada penyampaian kandungan buku-buku tersebut dalam bentuk video. Perasmian majlis dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed dan pegawai-pegawai Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Sebanyak 117 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut di mana dua daripada video-video yang terpilih memasuki senarai 10 buah video terbaik kategori sekolah rendah merupakan video-video yang telah diterbitkan oleh murid-murid SK Sena. Kedua-dua pasukan yang menghasilkan video-video berkenaan membawa pulang sijil penyertaan, hadiah wang tunai dan set 100 buah buku terbitan ITNM. Selain memberikan peluang bertanding, pertandingan tersebut turut menjadi sebahagian daripada latihan dan pengalaman yang bernilai kepada semua murid yang terlibat untuk menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti penerbitan multimedia dan kreativiti yang lebih mencabar pada masa hadapan. Proses olahan kreatif yang telah dijalankan sepenuhnya oleh murid-murid SK Sena yang terlibat dalam penulisan skrip dan storyboard, pelaksanaan tugas-tugas penggambaran dan proses penyuntingan turut menjadi sarana untuk melatih daya berfikir serta sikap bertanggungjawab dan berdisiplin dalam diri para peserta.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para murid, guru, ibu bapa, masyarakat sekitar dan semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk kepada peserta-peserta SK Sena sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut. Warga sekolah amat menghargai segala usaha yang telah ditunjukkan, dan mengharapkan agar kerjasama dan sokongan yang sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan. Pihak sekolah juga turut mengucapkan tahniah dan menyampaikan penghargaan kepada guru-guru dan hampir 30 orang murid SK Sena yang telah berusaha bertungkus-lumus untuk menghasilkan bahan penerbitan yang bertaraf profesional dan berkualiti tinggi.  Gambar-gambar proses pra-penerbitan boleh dilayari dalam Galeri Gambar SK Sena. Saksikan video-video terbitan SK Sena dan video-video lain yang mengambil bahagian di http://www.facebook.com/klikITNM.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers