Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Tux Paint Kids Summer Drawing Contest

SenaInfo

Terkini: Salah satu penyertaan SK Sena ("Ocean View" oleh Nur Farahanim binti Abdull Jamal, Tahun 5) telah memasuki senarai Top 20 dan memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan Tux Paint Kids Summer Drawing Contest 2011.

SK SENA, Kangar - Tux Paint Kids Summer Drawing Contest merupakan satu pertandingan menghasilkan lukisan berkomputer menggunakan Perisian Sumber Terbuka, Tux Paint, iaitu salah satu daripada beberapa perisian komputer dalam siri Tux4Kids Software. Antara perisian lain yang Murid Tahun 3 SK Sena, Muhd Ehsan Zubaidi menghasilkan lukisan di OSSLab menggunakan perisian Tux Paintturut terdapat dalam siri yang sama ialah "Tux of Math Command" dengan penumpuan kepada kemahiran Matematik, dan "Tux Typing" untuk latihan menaip menggunakan papan kekunci komputer. Tux Paint Kids Summer Drawing Contest 2011 ditaja oleh WorldLabel.Com yang  berpusat di New York, Amerika Syarikat dan terbuka untuk kanak-kanak dari seluruh dunia berusia 3 - 12 tahun. Sehingga tarikh ini, sekitar 100 penyertaan telah diterima dan disenaraikan di laman web penganjur pertandingan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Arab Saudi, New Zealand, Jerman, Mexico, Finland, Kanada, Maldives, Brazil, India, United Kingdom, Perancis, Slovakia, Australia dan Amerika Syarikat. Antara hadiah yang ditawarkan ialah komputer riba OLPC (projek agihan komputer One Laptop Per Child untuk kanak-kanak dari negara-negara Amerika Latin, Afrika dan seluruh dunia), sistem Sugar-On-A-Stick serta memorabilia Tux Paint.

Sekolah Kebangsaan Sena turut membuat penyertaan dalam pertandingan tersebut dengan menghantar lukisan-lukisan digital yang telah dihasilkan oleh sebilangan murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Semua penyertaan SK Sena merupakan hasil karya asli setiap murid berkenaan menggunakan kemudahan sistem dan komputer OSSLab. Pertandingan tersebut tamat pada jam 12.00 tengah malam, 12 September 2011 berdasarkan zon waktu Pantai Timur Amerika Syarikat.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada para murid yang telah mengambil bahagian, serta kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam Tux Paint Kids Summer Drawing Contest 2011.

 

Berikut merupakan senarai lukisan/catan yang telah dihasilkan oleh murid-murid SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers