Sekolah Kebangsaan Sena

Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011

Aktiviti SenaUniMAP, Seberang Ramai - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Jabatan Pelajaran Perlis dan Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011 pada 24 September yang lalu bertempat di Makmal Rangkaian Komputer, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, UniMAP Seberang Ramai, Kuala Perlis. Sebanyak 25 buah sekolah rendah dan menengah Fasilitator MEDIASENA, Wan Azim Izzaidi menerangkan tentang cara-cara menggunakan OpenOffice.org kepada peserta programdari seluruh negeri Perlis telah terlibat dalam pertandingan tersebut yang menyaksikan seramai 50 orang murid dan 25 orang guru mengambil bahagian. Sekolah-sekolah peserta untuk pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah dipilih oleh pihak Jabatan Pelajaran Perlis berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Antara matlamat utama Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011 ialah untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian, dan meningkatkan kesedaran tentang pelbagai inisiatif sumber terbuka yang dijalankan oleh kerajaan. Antara usaha galakguna yang telah dilancarkan ialah Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sempena Hari Sumber Terbuka KPM dan Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2011.

Program pada hari tersebut bermula dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim yang juga merupakan salah seorang Pengerusi Bersama program berkenaan. Acara kemudian diteruskan dengan taklimat program untuk memastikan para peserta dan guru pengiring memahami jadual dan pengisian program yang telah dirancang. Seterusnya, para fasilitator yang terdiri daripada anggota MEDIASENA memulakan aktiviti dengan membimbing para peserta untuk belajar menggunakan tiga perisian yang ada dalam set OpenOffice.org, iaitu Draw, Writer dan Impress. Selesai sesi latihan dan pembelajaran, semua peserta diberi masa selama hampir tiga jam untuk menghasilkan bahan pertandingan menggunakan ketiga-tiga perisian tersebut berdasarkan tajuk persembahan yang diberikan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT Jabatan Pelajaran Perlis, En. Mohd Kadri bin Ibrahim. Dalam ucapannya, beliau menerangkan tentang kelebihan yang ada dalam penggunaan perisian sumber terbuka, dan menggalakkan para peserta dan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian agar terus menggunakan perisian sumber terbuka, khususnya OpenOffice.org selepas pertandingan berakhir. Sebagai penutup majlis, Sekolah Kebangsaan Sena yang bertindak sebagai urusetia program menyampaikan cenderamata penghargaan kepada UniMAP dan Jabatan Pelajaran Perlis. Pengumuman pemenang dan penyampaian sijil kepada para peserta akan dilangsungkan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011. Semoga usaha, kerjasama dan kegigihan yang telah ditunjukkan dalam program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers