Sekolah Kebangsaan Sena

What's Your News? - British Council

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Seramai 30 orang murid SK Sena mengambil bahagian dalam pertandingan What's Your News? anjuran British Council melalui program LearnEnglish Kids. What's Your News? merupakan rancangan televisyen kanak-kanak berbentuk berita atau penceritaan ringkas yang dihoskan oleh sekumpulan haiwan animasi seperti semut, tenggiling dan burung. Dalam rancangan tersebut, kanak-kanakKru MEDIASENA dan peserta What's Your News? semasa sesi rakaman di Studio CyKidzCRAZE yang mengambil bahagian dikehendaki bercerita tentang sesuatu peristiwa yang mereka alami. Petikan daripada laman web rasmi What's Your News di http://www.whatsyournews.com/ menyebutkan seperti berikut:-

"The children's stories might be anything; the arrival of a new pet dog, the ability to play a new tune on a piano, the loss of a slipper sock, having a new hairstyle, etc. The stories are homely, down-to-earth, relevant to the audience, and pretty much universal."

Rancangan What's Your News? ditayangkan di United Kingdom melalui saluran Nick Jr UK dan PBS Sprout.

Sementara itu, pihak British Council melalui program LearnEnglish Kids di http://learnenglishkids.britishcouncil.org/ pula menganjurkan pertandingan untuk kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dari seluruh dunia untuk menggalakkan pelajar-pelajar Bahasa Inggeris menyertai rancangan What's Your News? Pertandingan tersebut terbuka kepada kanak-kanak yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa percakapan harian, atau kanak-kanak yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Video pemenang utama pertandingan tersebut akan diedit secara profesional oleh kru What's Your News untuk tayangan di laman web LearnEnglish Kids. Pemenang-pemenang pula akan menerima kamera flip serta bahan-bahan British Council. Semua video yang dihantar akan menerima sijil penyertaan.

Peserta-peserta pertandingan What's Your News? SK Sena mengambil bahagian secara individu dalam pertandingan tersebut, di mana setiap peserta dikehendaki menghasilkan cerita masing-masing sama ada secara sendirian atau dengan bantuan ibu bapa masing-masing. Video penyertaan yang telah dirakam pula kemudiannya dimuatnaik ke laman web LearnEnglish Kids untuk penilaian oleh pihak British Council. Selain memberikan peluang untuk penglibatan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, penyertaan dalam What's Your News turut melatih para peserta untuk berinteraksi secara yakin dan berani dalam Bahasa Inggeris.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers