Sekolah Kebangsaan Sena

Pertandingan OpenOffice.org Sekolah Kecemerlangan 2011

Aktiviti SenaUniMAP, Seberang Ramai - Sekolah Kebangsaan Sena bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Program Latihan dan Pertandingan OpenOffice.org Sekolah Kecemerlangan Zon Utara 2011 pada 22 Oktober bertempat di Makmal Rangkaian Komputer (MKR 2), UniMAP Seberang Ramai, Kuala Perlis mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program tersebut yangFasilitator MEDIASENA, Hilal Izhar menerangkan kaedah penggunaan OpenOffice.org Draw kepada para peserta SK Sultan Idris II melibatkan guru dan murid Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermatlamat untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan perisian sumber terbuka, khususnya pakej perisian produktiviti seperti OpenOffice.org dan LibreOffice dalam kalangan peserta yang terlibat. Pertandingan OpenOffice kali ini juga merupakan yang kedua seumpamanya yang dianjurkan oleh SK Sena dan UniMAP setelah pertandingan peringkat negeri Perlis pada 24 September yang lalu.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP, Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad. Dalam ucapannya, beliau menerangkan kepada para hadirin tentang kepentingan menggunakan perisian sumber terbuka atau juga dikenali sebagai "perisian bebas" / "free software" dalam perkomputeran seharian. Penggunaan perisian bebas ini bukan sahaja dapat meningkatkan kadar literasi ICT melalui penjimatan kos perisian, malah turut dapat membantu mengurangkan penggunaan perisian cetak rompak di negara ini. Selain itu, pendedahan awal kepada perisian-perisian sumber terbuka dapat mendidik generasi yang mampu membangunkan perisian sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pihak luar. Ini kerana kod sumber kepada perisian-perisian berkenaan boleh diteliti, dipelajari dan diubahsuai secara sah di sisi undang-undang. Turut hadir dalam majlis perasmian program ialah Cik Hasneeza Liza binti Zakaria, Setiausaha Jawatankuasa Perisian Sumber Terbuka (OSSC) UniMAP, En. Roslan bin Yatim, Guru Besar SK Sena dan Pn. Chik @ Rohana binti Abdul Ghani, Ketua Bitara ICT SK Sena.

Seterusnya, sesi latihan dimulakan dengan para fasilitator MEDIASENA menerangkan tentang penggunaan tiga komponen OpenOffice.org, iaitu Draw, Writer dan Impress kepada para peserta. Setiap fasilitator yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Sena diberi masa selama satu jam untuk menghuraikan setiap komponen tersebut. Selesai tutorial, para peserta kemudiannya diberikan beberapa pilihan tajuk untuk menghasilkan poster dan persembahan iklan berasaskan tema "Datanglah Beramai-Ramai!" Setiap pasukan dikehendaki menghasilkan bahan-bahan berkenaan menggunakan Draw, Writer dan Impress dalam masa 3 jam 15 minit. Hasil kerja para peserta kemudiannya dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa penganjur pertandingan. Sesi 2011 menyaksikan pasukan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dari Kuala Kangsar, Perak menggondol kejohanan kategori sekolah rendah, manakala pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah pula muncul johan kategori sekolah menengah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En. Zubir bin Ghazali, Penolong Kanan HEM SK Sena.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Pertandingan OpenOffice.org Sekolah Kecemerlangan Zon Utara 2011. Pihak penganjur berharap agar semangat yang telah ditunjukkan oleh para peserta dapat dikekalkan untuk tahun-tahun berikutnya, dan agar pertandingan ini dapat menjadi lebih meriah pada masa akan datang.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers