Sekolah Kebangsaan Sena

Friends In The Niche 2011

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Satu program tinjauan kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi telah diadakan pada 23 - 25 Oktober yang lalu melibatkan guru-guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Sena. Program yang dinamakan "Friends In The Niche" itu diadakan untuk memberi peluang kepada warga SK Sena melihat dengan lebih dekat infrastruktur dan program-program kecemerlangan yang ada di sekolah-sekolah yangGuru Besar SKSAT, En. K. Thachanamurthy menyampaikan taklimat kepada para peserta lawatan Friends In The Niche 2011 dilawati. Sekolah Berprestasi Tinggi yang terlibat dalam program tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah dan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Ketibaan rombongan SK Sena di SK Sultan Ahmad Tajuddin telah disambut oleh Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin, En. Kathamvthu Thachanamurthy dan guru-guru penolong kanan sekolah tersebut. Satu sesi taklimat ringkas telah diadakan di mana En. K. Thachanamurthy telah menerangkan tentang pencapaian-pencapaian SK Sultan Ahmad Tajuddin dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat antarabangsa, seperti pembangunan projek-projek inovasi dan robotik. Antara perkara yang ditekankan sepanjang taklimat beliau ialah peranan para guru dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi. Selesai taklimat, beliau menjawab pelbagai soalan yang telah diajukan oleh guru-guru SK Sena yang menyertai lawatan tersebut. Para peserta lawatan kemudiannya berkesempatan melawat sekitar kawasan SK Sultan Ahmad Tajuddin, termasuk bilik-bilik khas seperti kelas Program Integrasi Pendidikan Khas dan Bilik Wawasan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Keesokan paginya, rombongan SK Sena tiba di SK Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk meneruskan siri lawatan Friends In The Niche 2011. Seperti sebelumnya, Guru Besar, Tn. Hj. Ruslan Madon bersama para penolong kanan, guru-guru dan Guru Besar SK Setiawangsa, Tn. Hj. Ruslan Madon menerangkan tentang susunatur prasarana sekolah kepada pentadbir SK Sena di Galeri Warisanmurid-murid SK Setiawangsa menyambut kedatangan warga SK Sena dengan satu sesi taklimat pengenalan di Kantin SK Setiawangsa. Kali ini, lawatan dimulakan terlebih dahulu dengan tinjauan ke bilik-bilik dan infrastruktur khas yang terdapat di SK Setiawangsa, antaranya Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pengurusan SPBT (BOSS), Bilik Nurkasih (Pemulihan), Pusat Sumber Sekolah, Pejabat dan Bilik Tayangan. Turut menarik perhatian ialah Bilik Muzik yang menempatkan satu-satunya pasukan orkestra sekolah rendah di Malaysia, dan Galeri Warisan yang memaparkan sejarah kecemerlangan SK Setiawangsa. Selesai lawatan, rombongan SK Sena disajikan dengan persembahan oleh kumpulan tarian SK Setiawangsa sebelum satu sesi taklimat dijalankan di Bilik Mesyuarat SK Setiawangsa.

Sebelum bertolak pulang ke Perlis, ahli rombongan SK Sena telah diberi peluang untuk melawat sekitar Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan. Antara tempat menarik yang sempat dilawati ialah i-City, Shah Alam di mana para peserta dapat merasai pengalaman bermain salji dalam Snowalk dan melihat keindahan suasana malam di City of Digital Lights. Guru-guru dan staf sokongan SK Sena yang terlibat bertolak pulang ke Perlis pada 25 Oktober 2011. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua buah Sekolah Berprestasi Tinggi yang sudi menerima lawatan SK Sena dalam siri Friends In The Niche 2011 ini. Sekolah Kebangsaan Sena mengharapkan agar segala tunjuk ajar yang diberi dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan pencapaian SK Sena sehingga mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi, selaras dengan visi sekolah, dan agar persahabatan yang terjalin dapat diteruskan pada setiap masa.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers