Sekolah Kebangsaan Sena

Mesyuarat e-Kreativiti SKMM dan PPD Kubang Pasu

InfoSenaSKSAT, Jitra - Satu mesyuarat kerja program e-Kreativiti Pemudah Cara Dalam Pendidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah kelmarin. Program tersebut yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Utara turut melibatkan kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu, Kedah serta sekolah-sekolah di bawah pengurusan PPD tersebut. Semasa berucap mempengerusikan majlis, En. Ismail bin Othman, Timbalan Pengarah merangkap Pengarah Operasi SKMM cawangan Utara menerangkan bahawa program ini akan menfokuskan kepadaEn. Ismail menyampaikan penerangan tentang program e-Kreativiti yang akan dijalankan di Kubang Pasu, Kedah pelajar-pelajar sekolah menengah Daerah Kubang Pasu yang telah menerima netbook 1Malaysia, dan akan menjurus kepada memupuk penggunaan komputer secara positif dan bermanfaat. Beliau turut menegaskan bahawa program ini akan menggunakan Perisian Sumber Terbuka (FLOSS) sebagai pengantara, termasuk sebagai sistem operasi utama yang akan digunakan sepanjang program.

Sekolah Kebangsaan Sena terlibat sebagai instruktor ICT dan fasilitator berdasarkan jemputan daripada pihak SKMM. Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST daripada SK Sena dijangka menyampaikan kemahiran tentang pemasangan dan penggunaan Ubuntu GNU/Linux serta penggunaan pelbagai aplikasi dalam sistem operasi tersebut seperti Kdenlive, GIMP, Celtx dan pakej pendidikan Edubuntu. Selain itu, sebilangan anggota MEDIASENA akan turut terlibat sebagai fasilitator kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian. Di akhir program, semua peserta akan diberi masa selama dua minggu untuk menyiapkan tugasan berbentuk pertandingan, di mana kumpulan peserta yang berjaya menerbitkan hasil kerja yang terbaik akan menerima hadiah daripada pihak penganjur.

Program ini merupakan yang pertama seumpamanya, dan merupakan projek rintis bagi modul e-Kreativiti SKMM. Menurut En. Ismail, pelaksanaan program seperti ini berpotensi untuk membangunkan modal insan melalui ICT di Malaysia. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Tn. Hj. Abd Kadir bin Mahamood, Penolong Pengarah Sektor ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan En. Ahmad Zaky Naimy bin Ismail, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Kedah. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk turut serta dalam program yang akan dijalankan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers