Sekolah Kebangsaan Sena

Bengkel Profesionalisme MEDIASENA

Aktiviti SenaUPSI, Tanjung Malim - Wakil-wakil MEDIASENA telah mengikuti Bengkel Peningkatan Profesionalisme yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 23 dan 24 November 2011. Bengkel tersebut telah diadakan untuk mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek tugasan multimedia dalam bentuk yang lebih luas, serta memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan Pegawai UPSI membantu Nur Fatin Adlin, peserta MEDIASENA untuk melaksanakan tugasan yang diberikan menggunakan Scratchpengetahuan dalam bidang penerbitan multimedia melalui latihan di bawah kendalian pegawai-pegawai UPSI.

Pada hari pertama bengkel, para peserta telah mengikuti sebahagian daripada Simposium Multimedia dan Kandungan Kreatif (MACCS) UPSI yang berlangsung pada tarikh yang sama di Bangunan E-Learning. Turut menyampaikan pembentangan kertas kerja dalam simposium tersebut ialah En. Wan Maharuddin bin Wan Sulaiman, Senior Academic Fellow Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang kini sedang menjalankan kajian PhD bersama CyKidzCRAZE, SK Sena di bawah seliaan UPSI. Pembentangan beliau yang bertajuk Persekitaran DST di Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Awal berkisar tentang pemerhatian beliau terhadap tugasan penerbitan multimedia yang dijalankan oleh CyKidzCRAZE di SK Sena, dan bagaimana tugasan-tugasan yang dijalankan memberikan impak kepada kehidupan dan persekolahan murid-murid yang terlibat. Staf MEDIASENA yang hadir turut berkesempatan mengikuti beberapa lagi pembentangan yang disampaikan oleh pihak MDeC dan UPSI sendiri.

Hari kedua menyaksikan wakil-wakil MEDIASENA menjalani latihan penggunaan Perisian Sumber Terbuka "Scratch" untuk penghasilan animasi dan permainan interaktif. Perisian yang dibangunkan di Massachusetts Institute of Technology (MIT), USA itu merupakan satu perisian yang amat berkesan dalam membentuk kreativiti murid melalui pendedahan awal kepada konsep pengaturcaraan komputer. Perisian yang sama kini digunakan oleh murid-murid sekolah di seluruh dunia, dan produk setiap murid boleh dimuatnaik dan dikongsi bersama rakan-rakan dalam portal yang disediakan di http://scratch.mit.edu/. Latihan telah disampaikan oleh Dr. -Ing. Maizatul Hayati binti Mohd Yatim, Timbalan Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif bersama Dr. Norasikin binti Fabil, Ketua Jabatan Multimedia dan Ekspresi Digital, Dr. Tan Wee Hoe, Pensyarah Kanan, Pn. Nur Saadah binti Fathil, Pensyarah di jabatan yang sama, serta beberapa orang pegawai UPSI yang turut terlibat di Makmal Multimedia 4, Bangunan Sains dan Teknologi.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana sudi menjadi tuan rumah dan menyediakan latihan kepada para peserta MEDIASENA yang hadir dalam program tersebut.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers