Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Anugerah MyGOSS 2011

InfoSenaMAMPU, Cyberjaya - Rombongan Sekolah Kebangsaan Sena berada di bangunan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri pada 22 November 2011 untuk menghadiri sesi pembentangan projek Anugerah Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam Malaysia 2011 yang dikenali sebagai Anugerah MyGOSS 2011. Anugerah yang diadakan buat julung-julungPembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST menyampaikan pembentangan projek di hadapan panel yang menjalankan penilaian kali itu dilancarkan oleh Open Source Competency Center (OSCC), MAMPU untuk mengiktiraf organisasi-organisasi sektor awam yang telah berjaya mengimplementasikan Perisian Sumber Terbuka dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan penggunaan ICT yang berkesan. Pertandingan tahun ini menyaksikan penyertaan daripada agensi sektor awam di seluruh negara melibatkan organisasi kerajaan dan IPTA.

Penyertaan SK Sena merupakan salah satu daripada 10 projek yang terpilih untuk dibentangkan dalam majlis yang diadakan di Auditorium Mini Cyber, MAMPU pada tarikh berkenaan, selain merupakan satu-satunya peserta peringkat sekolah yang memasuki senarai tersebut. Antara pihak lain yang turut membentangkan projek masing-masing ialah Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hasil daripada pembentangan tersebut, projek SK Sena bertajuk MEDIASENA - Implementasi Sumber Terbuka Dalam Multimedia telah sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 3 projek terbaik dan akan menerima hadiah dalam majlis penutup Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 29 - 30 November 2011. Hadiah-hadiah dijangka disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah binti Mohd. Zahri.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak MAMPU dan OSCC, serta semua yang telah terlibat menjayakan inisiatif Sumber Terbuka di SK Sena. Kejayaan ini menjadi perangsang kepada SK Sena untuk terus aktif menjalankan aktiviti-aktiviti berasaskan Perisian Sumber Terbuka di pelbagai peringkat pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers