Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Johan Anugerah MyGOSS 2011

InfoSenaPICC, Putrajaya - Sekolah Kebangsaan Sena mencatat sejarah apabila muncul sebagai Johan dalam pertandingan Anugerah MyGOSS yang diadakan buat kali pertama sempena Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) pada 29 - 30 November 2011. Anugerah yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri itu dikendalikan oleh Open Source Competency Center (OSCC) untuk memberi pengiktirafan kepada organisasi sektor awam Guru Besar, Penyelaras SKK dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST menerima hadiah kemenangan Anugerah MyGOSS 2011 daripada Dato' Mohamad Zabidiyang telah berjaya menjalankan inisiatif Sumber Terbuka dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan serta penggunaan ICT yang berkesan. Sempena kemenangan tersebut, SK Sena telah menerima hadiah-hadiah berupa wang tunai bernilai RM 5,000.00, sebuah trofi dan sijil penyertaan. Turut disampaikan kepada pemenang tempat pertama ialah hak untuk menggunakan logo MyGOSS dan label "Pemenang Pertama Anugerah MyGOSS Tahun 2011". Sebanyak 32 penyertaan telah dihantar oleh pelbagai agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara, dan sebanyak 10 penyertaan telah terpilih memasuki pembentangan projek yang diadakan di ibu pejabat MAMPU, Cyberjaya pada 22 November yang lalu. Daripada senarai tersebut, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia turut memenangi hadiah-hadiah tempat kedua dan ketiga yang disampaikan oleh Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Mohamad Zabidi bin Zainal.

Pada masa yang sama, MyGOSSCON 2011 turut menyaksikan beberapa pertandingan lain seperti Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara, Pertandingan Booth Terbaik untuk peserta-peserta pameran dan International Creative Multimedia Development Competition untuk pelajar-pelajar IPT dalam dan luar negara. Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST merupakan salah seorang juri yang telah dijemput oleh MAMPU untuk membuat penilaian dalam pertandingan multimedia tersebut.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak MAMPU, OSCC dan semua pihak yang telah terlibat membantu menjayakan inisiatif Sumber Terbuka SK Sena. Tidak lupa juga kepada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan UPSI atas segala sokongan, kerjasama dan bantuan yang telah diberikan dalam menjalankan program-program berteraskan Perisian Sumber Terbuka. Kejayaan ini menjadi satu lagi sumber kekuatan kepada pihak sekolah untuk terus menjalankan inisiatif Sumber Terbuka dengan lebih aktif dan berkesan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers