Sekolah Kebangsaan Sena

Program E-Kreativiti SKMM Utara

InfoSenaSMK AYER HITAM, Kubang Pasu, Kedah - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Cawangan Utara) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Kedah telah menganjurkan program E-Kreativiti Pemudahcara Dalam Pembelajaran di SMK Ayer Hitam pada 3 dan 4 Disember 2011 melibatkan 20 buah sekolah dalam daerah tersebut. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan 2 dan guru-guru hadir mengikuti program yangEn. Ahmad Zaky Naimy menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video ringkas sempena program e-Kreativiti yang dijalankan berfokus kepada penghasilan video menggunakan Perisian Sumber Terbuka Kdenlive serta pengenalan kepada beberapa sistem operasi Ubuntu GNU/Linux. Selain itu, pengisian program tersebut juga melibatkan pendedahan kepada beberapa perisian permainan berasaskan pendidikan seperti KHangman untuk latihan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris, Tuxmath untuk latihan Matematik pantas, Step untuk simulasi Fizik, GBrainy untuk latihan logik, memori dan pengiraan, serta Kturtle untuk latihan asas dalam konsep pengaturcaraan komputer.

Matlamat utama program tersebut ialah untuk memberikan kemahiran baru kepada para peserta dan meningkatkan kreativiti yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses Pembelajaran dan Pengajaran, selain menyediakan platform yang lebih bermanfaat kepada murid-murid sekolah dalam penggunaan komputer harian. Ini selaras dengan kumpulan sasaran penyertaan program yang majoritinya terdiri daripada murid-murid penerima Netbook 1Malaysia. Dalam program yang dijalankan, para peserta telah diajar dengan teknik-teknik asas pembikinan video seperti pemilihan klip, suntingan, kesan khas dan transisi Staf MEDIASENA, Syed Ahmad Muaz menunjukkan cara-cara menyunting video menggunakan Kdenlive kepada peserta programvideo yang dapat digunakan untuk menghasilkan bahan penceritaan visual yang menarik. Untuk memastikan para peserta memahami dan menguasai kemahiran yang telah disampaikan, satu pertandingan ringkas penghasilan bahan video 1-minit telah dijalankan di akhir program. Hadiah-hadiah sumbangan SKMM Cawangan Utara, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Kedah dan OSDC.my telah disampaikan oleh En. Ahmad Zaky Naimy bin Ismail, Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Kedah. Pada masa yang sama, SKMM Cawangan Utara turut menganjurkan pertandingan penghasilan video pendidikan yang perlu disertai oleh semua peserta program yang akan berlangsung sehingga hujung tahun 2011. Maklumat lanjut tentang pertandingan tersebut boleh dilayari di laman web Broadband Utara.

Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST dan staf MEDIASENA hadir dalam program tersebut sebagai jurulatih dan fasilitator. Seramai 10 orang murid SK Sena yang terdiri daripada para penyunting video telah membantu menyampaikan kemahiran penggunaan perisian Kdenlive kepada para peserta, dan menyelesaikan masalah serta persoalan yang timbul sepanjang program. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada SKMM Cawangan Utara dan Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu kerana sudi menjemput pihak SK Sena menjadi sebahagian daripada program e-Kreativiti kali pertama ini.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers