Sekolah Kebangsaan Sena

Kem ICT 2011

Aktiviti SenaUniMAP, Seberang Ramai - MEDIASENA melalui S.E.N.A CyQUEST telah menganjurkan program Kem ICT pada 18 - 19 Disember 2011 bertempat di Makmal Rangkaian Komputer (MKR 2), Universiti Malaysia Perlis, Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program tersebut yang melibatkan murid-murid Tahun 3 dan 4 SK Sena memaparkan penggunaan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (Free, Libre and Open Source Software) yang dikenali Pasukan peserta yang memenangi tempat pertama Pertandingan Animasi 2D sempena Kem ICT SK Sena 2011 bersama Ketua Bitara ICT, Pengarah Projek dan panel jurisebagai "Scratch" untuk melatih asas pengaturcaraan komputer dan penghasilan animasi ringkas 2-Dimensi. Scratch merupakan satu perisian komputer yang telah diterbitkan oleh Lifelong Kindergarten Group di Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat. Maklumat lanjut tentang Scratch boleh didapati di laman web http://scratch.mit.edu/. Pada masa yang sama, penggunaan Scratch turut dapat melatih murid-murid sekolah dalam kaedah berfikir secara langkah-demi-langkah, atau apa yang disebut sebagai "sequential thought process". Kaedah berfikir sedemikian amat penting dalam bidang sains/pengaturcaraan komputer dan pemikiran logikal.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.00 pagi. Para peserta kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan latihan yang diketuai oleh fasilitator MEDIASENA. Seterusnya, mereka diperkenalkan kepada antaramuka Scratch. Para peserta kemudiannya diajar tentang elemen-elemen yang ada dalam pengaturcaraan Scratch, termasuklah pelbagai arahan, watak (Sprite) dan set pentas (Stage) yang disediakan. Di akhir program, para peserta dikehendaki menghasilkan animasi ringkas berdasarkan cerita yang diberi, dengan bantuan fasilitator kumpulan masing-masing.

Pertandingan tersebut menyaksikan sebanyak 15 kumpulan peserta berentap untuk memenangi tiga tempat teratas. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Bitara ICT, Pn. Chik @ Rohana binti Abd Ghani. Pihak penganjur turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat memberikan sumbangan masing-masing dalam menjayakan Kem ICT 2011.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers