Sekolah Kebangsaan Sena

Perlis Open Source Exhibition 2011

InfoSenaDEWAN 2020, Kangar - Kerajaan Negeri Perlis bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan Perlis Open Source Exhibition (POSE) 2011 di Dewan 2020 pada 17 Disember yang lalu. Program tersebut yang bermatlamat untuk memperkenalkan kelas Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (Free, Libre and Open Source Software) serta mewujudkanYAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu menandatangani 'bunting' POSE 2011 sebagai menyempurnakan majlis perasmian program peluang pengembangan inisiatif Sumber Terbuka di peringkat negeri Perlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis. Dalam ucapannya, beliau menegaskan agar usaha-usaha promosi Perisian Sumber Terbuka ini diberi sokongan sepenuhnya oleh pelbagai lapisan masyarakat, selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap penggunaan Perisian Sumber Terbuka dalam Sektor Awam Malaysia.

POSE 2011 merupakan program yang dianjurkan dengan kerjasama beberapa organisasi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Cawangan Utara), Telekom Malaysia Berhad, Open Kod Sdn. Bhd. dan Open Source Developers Club Malaysia (OSDC.my). Turut hadir menjalankan pameran pada hari tersebut ialah pasukan dari Institut Perubatan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia. Beberapa siri ceramah telah disampaikan oleh wakil-wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Cawangan Utara), serta satu pembentangan oleh Sekolah Kebangsaan Sena. Antara aspek utama yang disampaikan dalam ceramah-ceramah berkenaan ialah penerangan asas tentang konsep Sumber Terbuka, perisian-perisian yang ada dalam kelas tersebut, bagaimana perisian-perisian yang ada dapat dimanfaatkan, dan keselamatan siber.

Tema POSE tahun ini, "FLOSS for Sustainability" atau "FLOSS untuk Kelestarian" merujuk kepada potensi yang ada pada penggunaan Perisian Sumber Terbuka dalam membentuk sebuah negara yang lestari melalui pembangunan perisian, bahan digital dan infrastruktur ICT yang tersendiri, oleh warganegara sendiri. Selain seminar dan pameran, satu bengkel turut dianjurkan untuk murid-murid sekolah yang hadir dalam program tersebut. Bengkel Amali OSS itu menumpukan kepada pemasangan Ubuntu GNU/Linux, serta pengenalan kepada perisian-perisian yang ada dalam GNU/Linux yang dapat digunakan oleh murid-murid dalam perkomputeran harian mereka.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk ke arah menjayakan POSE 2011, dan mengharapkan agar usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mendokong hasrat kerajaan dalam meningkatkan kadar penembusan Perisian Sumber Terbuka di Malaysia.


 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers