Sekolah Kebangsaan Sena

Kolaborasi Sumber Terbuka Dan Multimedia Bersama SMK Derma

InfoSenaUniMAP, Seberang Ramai - MEDIASENA berada di Makmal Rangkaian Komputer (MKR 2), UniMAP Seberang Ramai, Kuala Perlis pada 18 Februari yang lalu sebagai jurulatih dan fasilitator dalam program Pengenalan kepada Perisian Multimedia dalam Sumber Terbuka anjuran Kelab Komputer dan Multimedia, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis. Program tersebut yang dijalankan untuk memberi Peserta SMK Derma menyusun arahan komputer dalam Scratch berdasarkan penerangan yang diberikan oleh jurulatih.pendedahan kepada para ahli kelab tentang kaedah penghasilan bahan-bahan multimedia menggunakan Sistem serta Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (Free, Libre and Open Source Software) dimulakan dengan ceramah ringkas tentang konsep asas Sumber Terbuka yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan penggunaan perisian yang sah untuk memastikan manfaat yang berterusan dalam aktiviti perkomputeran harian, sama ada di rumah mahupun di sekolah. Beliau turut menyenaraikan beberapa alternatif sumber terbuka yang dapat digunakan oleh para peserta untuk pelbagai tujuan.

Program kemudiannya diteruskan dengan latihan asas penggunaan aplikasi Scratch dalam pengaturcaraan komputer dan penghasilan animasi atau permainan komputer dalam bentuk 2-Dimensi (2D). Dalam sesi tersebut, para peserta diperkenalkan kepada antaramuka Scratch dan beberapa arahan utama yang perlu diketahui untuk mula menggunakan perisian berkenaan. Selesai pengenalan, para peserta diminta menghasilkan animasi ringkas berasaskan cerita yang diberi untuk melihat tahap kefahaman peserta.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan latihan penggunaan aplikasi Blender untuk penghasilan model dan animasi 3-Dimensi (3D). Para peserta diperkenalkan kepada beberapa peralatan (tools) asas yang terdapat dalam Blender, serta konsep penghasilan bahan 3D yang memerlukan para peserta melihat model yang dihasilkan daripada pelbagai sudut untuk memastikan ketepatan hasil akhir yang dikehendaki. Sebagai latihan awal, para peserta telah diminta menghasilkan objek-objek mudah seperti dumbbell dan profil bangunan KLCC untuk melihat sejauh mana para peserta dapat menggunakan set peralatan yang terdapat dalam Blender. Satu tayangan ringkas contoh-contoh bahan dan animasi yang dihasilkan menggunakan Blender turut diadakan untuk menarik minat para peserta. Sejurus sebelum latihan ditamatkan, para peserta diberi latihan untuk menghasilkan animasi ringkas menggunakan objek-objek mudah seperti kiub dan sfera.

SK Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma atas peluang yang diberikan untuk menjadi sebahagian daripada program yang dijalankan, serta mengharapkan agar program ini dapat diteruskan untuk meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam bidang pembangunan kandungan multimedia, khususnya melalui penggunaan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers