Sekolah Kebangsaan Sena

Pemantauan Pertandingan Guru Inovatif 2012

InfoSenaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini menerima lawatan daripada 3 orang pegawai Jabatan Pelajaran Perlis dalam sesi pemantauan Pertandingan Guru Inovatif 2012. Pegawai-pegawai tersebut ialah En. Azis bin Ali, Pegawai Penyelia Sains Sosial (R), En. Muhamad Rizal bin Ibrahim, Pegawai Penyelia ICT dan Pengkomputeran serta En. Anuar bin Che Hussin, Pegawai Fasilinus. Kesemua mereka Guru-guru SK Sena yang menyertai Pertandingan Guru Inovatif 2012 menyampaikan taklimat projek kepada pegawai pemantau Jabatan Pelajaran Perlisberada di bawah Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perlis.

Pemantauan tersebut bertujuan untuk meninjau projek Menggilap Bintang yang dicalonkan untuk Pertandingan Guru Inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kategori berkumpulan. Seramai 4 orang guru terlibat dalam penyertaan tersebut, iaitu Pn. Chik @ Rohana binti Abdul Ghani, Pn. Soffiah binti Abdul Rahman, Pn. Noor Hafidza binti Husni dan Pn. Mariyah binti Awang. Projek Menggilap Bintang ialah program pendekatan ICT melalui pengaturcaraan komputer dan penghasilan animasi digital sebagai sokongan kepada proses Pembelajaran dan Pengajaran dengan objektif untuk menarik minat murid dan meningkatkan penguasaan dalam bilik darjah. Selain itu, projek Menggilap Bintang juga bertujuan untuk membentuk sahsiah dan keterampilan yang tinggi dalam kalangan murid yang terlibat.

Pemantauan dimulakan dengan sesi taklimat ringkat di Bilik Mesyuarat SK Sena yang telah disampaikan oleh calon-calon Guru Inovatif 2012. Dalam sesi taklimat berkenaan, para pegawai pemantau diberi penerangan tentang projek yang dijalankan, objektif pelaksanaan, kumpulan sasaran, serta impak yang dicapai dalam projek tersebut. Video korporat projek turut ditayangkan untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang pelaksanaan Menggilap Bintang di SK Sena. Seterusnya, para pegawai pemantau dibawa melihat sendiri pelaksanaan kelas Menggilap Bintang di Makmal Komputer SK Sena. Di akhir pemantauan, pegawai-pegawai yang hadir telah memberikan komen dan cadangan penambahbaikan yang boleh dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan projek yang dicalonkan.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada para pegawai Jabatan Pelajaran Perlis yang hadir untuk sesi pemantauan Pertandingan Guru Inovatif 2012.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers