Sekolah Kebangsaan Sena

MEDIASENA Dalam RoyalPCG Media Launch

InfoSenaTHE MINES RESORT AND GOLF CLUB, Seri Kembangan, Selangor - Majlis Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis telah diadakan di sini pada 12 April 2012 yang lalu. Majlis tersebut bertujuan untuk mempromosikan Royal Perlis Celebration Golf yang akan berlangsung pada 12 - 13 Mei 2012 di sekitar negeri Perlis, dan telah dianjurkan oleh kerajaan negeri PerlisDYMM Tuanku Syed Sirajuddin bergambar kenang-kenangan bersama para tetamu VIP selepas majlis Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf 2012 di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor dengan kerjasama dan sokongan daripada The Mines Resort and Golf Club.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ketibaan DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, YAB Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Royal Perlis Celebration Golf, Dato' Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perlis, pegawai dan staf The Mines Resort and Golf Club, serta tetamu kenamaan yang dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Pada masa yang sama, majlis tersebut juga turut dihadiri oleh beberapa organisasi media seperti RTM, TV3 dan wartawan bebas. Seterusnya, semua yang hadir telah menyaksikan satu persembahan oleh pasukan kesenian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang memaparkan tarian Canggung sebagai tarian tradisional negeri Perlis. Ucapan alu-aluan kemudiannya telah disampaikan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan titah perasmian Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf 2012oleh YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan. Dalam ucapannya, beliau mengulas tentang program yang akan berlangsung dan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di negeri Perlis sebagai insentif kepada semua pihak yang akan berkunjung ke Perlis untuk menghadiri program berkenaan.

Sejurus selepas itu, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin telah berkenan untuk menyampaikan titah perasmian Royal Perlis Celebration Golf Media Launch dan seterusnya menerima cenderamata yang telah disampaikan oleh YBhg Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohamed Hashim bin Mohd Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah, The Mines Resort and Golf Club. Taklimat pelaksanaan program yang berlangsung selepas itu telah dijalankan oleh Jean Daniels dari The Mines yang juga merupakan salah seorang pakar golf kategori "Long Drive" antarabangsa. Gimik pelancaran pula memaparkan adik Natasha Andrea Oon, rakyat Malaysia yang telah berjaya memenangi dua kejohanan kategori junior di peringkat antarabangsa, iaitu pada tahun 2008 di San Diego dan 2009 di Las Vegas, Amerika Syarikat membuat pukulan golf menembusi sekeping papan untuk membuktikan kelajuan bola golf berkenaan. Sebagai penutup acara pada hari tersebut, satuTemubual MEDIASENA bersama adik Natasha Andrea Oon, johan dunia dua kali dalam pertandingan golf kategori junior di Amerika Syarikat demonstrasi permainan sepak raga tuju sebagai salah satu sukan negeri Perlis telah diadakan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana kategori khusus dalam permainan sepak raga itu dimainkan. Satu sesi sidang media dijalankan sebaik sahaja majlis berakhir untuk memberi penerangan tentang Royal Perlis Celebration Golf 2012 kepada pihak media.

Beberapa acara telah dirancang untuk Royal Perlis Celebration Golf 2012, khususnya pertandingan dan klinik golf di Kelab Golf Putra, Sg. Batu Pahat, Perlis yang akan dihadiri oleh pemain-pemain golf ternama dari seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga acara sampingan seperti Pertandingan Sepak Raga Tuju dan Kayuhan Riang-Ria yang dibuka kepada orang awam. Majlis makan malam sambutan atau "Welcome Dinner" akan diadakan di Dewan 2020, di mana MEDIASENA telah sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menjalankan liputan rasmi dan tayangan MCP sepanjang majlis berlangsung. Maklumat lanjut tentang program tersebut boleh didapati di laman web rasmi Royal Perlis Celebration Golf 2012.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis, The Mines Resort and Golf Club serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan peluang kepada SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada Royal Perlis Celebration Golf 2012. Nantikan video liputan pelancaran media serta temubual MEDIASENA bersama adik Natasha dan Jean Daniels di Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers