Sekolah Kebangsaan Sena

Royal Perlis Celebration Golf 2012

Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-69


InfoSena

KELAB GOLF PUTRA, Sg. Batu Pahat - Royal Perlis Celebration Golf (RPCG) 2012 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-69 berlangsung dengan penuh kemeriahan di sini mulai 12 Mei yang lalu. RPCG tahun ini yang bertemakan "Perlis Gives Back"DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan hadiah set golf kepada peserta terbaik klinik golf RPCG 2012 disaksikan oleh para tetamu kehormat yang hadir berfokus kepada program pembangunan golf dalam kalangan kanak-kanak dan golongan remaja yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis, dan merupakan siri ke-2 bagi acara tahunan tersebut.

Program 2012 dimulakan dengan klinik golf untuk murid sekolah yang berlangsung di Kelab Golf Putra melibatkan aspek-aspek permainan golf seperti Driving, Pitching dan Putting. Seramai 80 orang peserta termasuk 20 orang murid dari rumah anak yatim telah menyertai klinik tersebut yang telah disampaikan oleh 10 orang pemain golf profesional yang dijemput khas dari seluruh dunia. Pada masa yang sama, pertandingan sepak raga tuju turut dijalankan untuk mempromosikan sukan tersebut kepada para pelancong, ibu bapa dan masyarakat awam yang hadir pada hari berkenaan, selain pertandingan golf Pro-Am antara pemain-pemain profesional yang hadir dan pemain-pemain amatur tempatan. Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta Raja Muda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan menyaksikan acara-acara yang dijalankan pada hari tersebut, selain menyampaikan sumbangan 100 set golf kanak-kanak tajaan The Mines Resort and Golf Club kepada para peserta klinik. Turut hadir dalam majlis yang diadakan ialah Menteri Besar Pemain-pemain golf profesional antarabangsa menunjukkan kaedah yang betul untuk memegang kayu golf kepada peserta-peserta klinikPerlis, YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa bin Sabu, Exco Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa RPCG 2012, YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merangkap Timbalan Pengerusi RPCG 2012, YB Dato' Azizan bin Hamid, Pengasas The Mines Resort and Golf Club merangkap Pengerusi Bersama RPCG 2012, YBhg Tan Sri Lee Kim Yew, Pengerusi Lembaga Pengarah The Mines Resort and Golf Club, YBhg Jen. (B) Tan Sri Dr. Hashim Mohd Ali, Harith Iskandar, tokoh-tokoh korporat dari seluruh negara, jemputan khas sektor awam dan swasta, serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perlis yang terlibat menguruskan RPCG 2012.

Pada sebelah malamnya pula, majlis makan malam Royal Perlis Celebration Golf Welcome Dinner telah diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis untuk meraikan semua yang terlibat menjayakan RPCG 2012. Ketibaan DYMM Tuanku Raja Perlis telah disambut dengan Tarian Selamat Datang yang dipersembahkan oleh pasukan kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Majlis diteruskan dengan persembahan kugiran dan tarian oleh UniMAP dan pasukan kesenian Jabatan Pelajaran Perlis yang mempersembahkan tarian Canggung yang merupakan tarian tradisional negeri Perlis, serta tarian etnik Malaysia yang menggabungkan pelbagai jenis kebudayaan masyarakatDYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan golf Pro-Am yang diadakan pada hari pertama program negara ini. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan dan YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu. Seterusnya, satu demonstrasi golf yang menampilkan Natasha Andrea Oon, rakyat Malaysia berumur 10 tahun yang juga merupakan juara dunia Kejohanan Golf Junior di Amerika Syarikat telah diadakan, sebelum ucaptama oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan golf Pro-Am kepada para pemenang oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, dan penyerahan cenderamata kepada The Mines Resort and Golf Club serta para pemain golf profesional atas sumbangan mereka dalam menjayakan RPCG 2012 oleh Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Kemuncak majlis diserikan dengan persembahan lawak jenaka oleh Harith Iskandar yang dijemput khas sempena RPCG 2012.

Hari kedua program menyaksikan perlawanan golf diteruskan, serta lawatan para tetamu kehormat ke Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Di sana, para tetamu diberi penerangan tentang peranan institusi tersebut, dan pameran serta Tan Sri Hashim mendengar penerangan staf Taman Ular dan Reptilia dalam sesi lawatan ke taman berkenaanaktiviti yang dijalankan. Majlis penutup yang berlangsung sekitar tengahari melibatkan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan golf, sepak raga tuju dan cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang disampaikan ialah set kayu dan bola golf, komputer tablet dan barangan elektronik. Turut ditawarkan, tiga buah kereta sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan Hole-in-One.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan sebagai Pengerusi sambutan RPCG 2012 dan Kerajaan Negeri Perlis atas jemputan kepada MEDIASENA untuk bertugas sebagai kru media rasmi sambutan tahun ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada The Mines Resort and Golf Club, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) SUK Negeri Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis atas segala kerjasama yang diberikan dalam menjayakan liputan Royal Perlis Celebration Golf 2012. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

Maklumat lanjut tentang Royal Perlis Celebration Golf boleh didapati di laman web rasmi program.

Hari Pertama

Makan Malam Sambutan

Hari Kedua

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers