Sekolah Kebangsaan Sena

Karnival Sains dan Inovasi MOSTI

InfoSenaUiTM KEDAH, Merbok - Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara 2012 berlangsung dengan penuh kemeriahan di sini pada 30 Jun hingga 1 Julai yang lalu, dan merupakan salah satu daripada 397 program yang telah disusun sempena pengisytiharan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI2012). Acara tersebut yang telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi danTemubual MEDIASENA bersama YB Dato' Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis semasa lawatan beliau ke tapak pameran Inovasi (MOSTI) memaparkan pelbagai booth pameran seperti projek-projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) teknologi nano oleh pelbagai universiti di Malaysia, aktiviti untuk kanak-kanak dalam Family Innovation Movement oleh Pusat Sains Negara dan Pertandingan Lego Build-It oleh UiTM Kedah. Selain itu, beberapa aktiviti sampingan untuk para pengunjung turut dijalankan seperti pertandingan kuiz sains dan inovasi, cabutan bertuah, pertandingan layang-layang 3D menggunakan bahan-bahan kitar semula, pertandingan pelancaran roket air, bengkel animasi BoBoiBoy serta ceramah interaktif "Penerokaan Angkasa" oleh Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed. Tidak ketinggalan booth-booth pameran Kerajaan Negeri Perlis yang melibatkan beberapa agensi, antaranya Rumah Seri Kenangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Abi dan Sekolah Kebangsaan Sena.

Pameran Sekolah Kebangsaan Sena yang bertajuk MEDIASENA: Sumber Terbuka dan Multimedia dalam Pendidikan memaparkan proses pembangunan infrastruktur studio televisyen serta makmal pemprosesan, penyediaan latihan dan pencapaian murid dalam bidang multimedia dan kewartawanan berdasarkan teknologi Sumber Terbuka dan Bebas di SK Sena. Para pengunjung dapat melihat bagaimana pasukan kewartawanan SK Sena dibentuk sehingga berjaya Sebahagian pelawat yang hadir mendengar penerangan tentang penggunaan perisian Scratch daripada petugas MEDIASENA, Amirah binti Zul Qarnainmeraih kejayaan dan pengiktirafan di pelbagai peringkat, serta mencuba sendiri perisian-perisian yang digunakan oleh pasukan tersebut dalam menghasilkan produk penerbitan audiovisual. Pertandingan mini turut diadakan untuk menarik minat para pengunjung menggunakan perisian yang dipaparkan, termasuk Kdenlive, Scratch dan Blender, manakala penerangan tentang semua bahan yang dipaparkan telah dilaksanakan oleh petugas-petugas MEDIASENA yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut.

Majlis perasmian Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara 2012 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia di Dewan Perdana, UiTM Kedah. Turut hadir ialah YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Sains dan Inovasi) dan YB Dato' Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. MEDIASENA berkesempatan untuk menemubual YB Dato' Azizan dalam sesi lawatan beliau ke tapak pameran.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis, Universiti Teknologi Mara Kedah, serta semua pihak yang telah memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk menjadi sebahagian daripada Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara 2012.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers